Sunday, December 31, 2023

Horn Speaker

Alhamdulillah, hari nie kelihatan dua (2) unit horn speaker telah dipasang oleh kontraktor. Diposisi menara ini akan diletakkan empat (4) unit horn speaker.

Kemajuan kerja2 mengecat undercoat juga positif walaupun dengan cabaran cuaca yang tidak menentu ekoran musim Monsoon Timur Laut.

Friday, December 29, 2023

Kerja-Kerja Cat

Alhamdulillah, 3 hari lepas kerja2 mengecat undercoat telah dimulakan oleh kontraktor. 
Moga proses pembinaan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

Thursday, December 21, 2023

Kerja Pemasangan Jubin, Pagar & frame tingkap

Alhamdulillah...
Semakan di tapak mendapati kerja-kerja sedang giat dilaksanakan oleh pihak kontraktor. 
Jubin tandas lelaki dan wanita telah mula dipasang. Pemilihan jubin seakan-akan marmar memperlihatkan kecantikan tandas ini. 

Semakan di tapak mendapati pemasangan frame utk tingkap dan sliding door telah siap dipasang. Terdapat beberapa tingkap juga telah siap pemasangannya.

Pemasangan pagar di sebelah kejiranan BA2 juga telah mula dilaksanakan. Pagar ini disebelah BA2 ini dipasang diatas retaining wall.

Friday, December 15, 2023

Pewakaf VIP

Alhamdulillah...
Rezeki daripada Allah. JK Pembinaan SRS telah menerima panggilan telefon daripada Ustaz Fadhli dari SK Saujana Impian memaklumkan terdapat seorang pewakaf VIP yang berhasrat mewakafkan ke pembinaan SRS.  Pihak sekolah menjadi perantara menyampaikan cek sumbangan pewakaf ini. 

Selain daripada JK Pembinaan SRS, terdapat empat (4) organisasi lagi yang menerima sumbangan. 

Kami memohon didoakan agar rezeki pewakaf ini sentiasa diberkati oleh Allah.

Kami AJK Pembinaan Surau Riyadhus Solihin masih memerlukan bantuan wang wakaf bagi melengkapkan pembinaan surau ini.Mohon sama2 dapat bantu kami realisasikan hasrat kami utk menyiapkan surau ini dan seterusnya mampu membayar kontraktor yang dilantik sebelum Ramadan 1445H.


Tuesday, December 12, 2023

Mesyuarat Tapak No. 10

Alhamdulillah, hari ini Mesyuarat Tapak No. 10 dapat diadakan di dalam Bilik Imam SRS.

CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 75.83% sehingga 30 November 2023. Kemajuan kerja adalah ahead daripada sasaran yang ditetapkan iaitu 72.19%  

Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 30 Nov 2023 adalah berjumlah RM1,140,447.25. Bayaran yang ini adalah untuk bayaran Interim No.1 sehingga No.6 yang mana PWS telah membuat bayaran terakhir kepada CKSB pada 20 Sept 2023. 


Lawatan tapak diadakan selepas mesyuarat bagi melihat progress pembinaan SRS bersama kontraktor dan arkitek.

Sunday, December 10, 2023

Bilik Mesyuarat & Suis Penghawa Dingin (Aircond)

InsyaAllah Bilik Mesyuarat SRS akan dilengkapi dengan papan putih dan juga Smart TV bagi melancarkan mesyuarat yang akan diadakan. 

Selain daripada itu, soket kuasa juga dipasang di lantai dan seterusnya ke meja mesyuarat bagi memudahkan ahli mesyuarat untuk menggunakan bekalan kuasa semasa bermesyuarat. 


SRS juga mengasingkan suis utama sistem penghawa dingin untuk tidak berada di dalam kawasan ruang solat utama. Ini bagi memastikan penggunaan penghawa dingan hanya dioperasikan oleh AJK SRS sahaja.  Bilik suis ini akan diselia oleh AJK SRS kelak. 

Tandas & Tempat Wudhu'

Tandas SRS terdiri daripada dua (2) tandas duduk dan dua (2) tandas cangkuk. Manakala satu partion tandas dilengkapi dengan pancur hujan (shower) untuk kegunaan mandi jemaah yang berhajat untuk mandi di SRS. 

Tempat Wudhu' pula, pili airnya diletakkan pada paras 4' bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk berwudhu tanpa perlu banyak membongkok. 

Sebagai salah satu usaha melestarikan alam sekitar, JK Pembinaan juga telah meminta kontraktor yang dilantik untuk menggunakan pili air yang mempunyai penarafan tiga (3) bintang bagi Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA).  

Perimeter Drain (longkang)

Salah satu ciri yang ditekankan di dalam pembinaan SRS adalah perkara berkaitan 'perimeter drain'. 

Kebanyakan pembinaan masa kini, 'perimeter drain' (longkang) dibina dibawah permukaan tanah dengan terdapat beberapa poin bukaan untuk tujuan penyelenggaraan. SRS tidak ketinggalan untuk melaksanakan perkara yang sama.