Thursday, March 28, 2024

Pembukaan

Alhamdulillah, bersempena dengan Nuzul Quran, pihak JK Pembinaan telah berbincang bersama tim Surau Riyadhus Solihin bagi membuka SRS baharu. JK Pembinaan pada asasnya akur dengan cadangan ini atas sebab untuk kebaikan bersama. 

Maka SRS telah mula dibuka pada 28 Mac 2024. 







Sunday, March 24, 2024

Testing, Commissioning & Training

Alhamdulillah...
Satu lagi kemajuan utk pembinaan Surau Riyadhus Solihin (SRS) ini. 

Sesi Testing, Commissioning & Training telah diadakan bersama barisan Jawatankuasa Protem SRS pada 23 Mac 2024.

Walaubgaimanapun, pembinaan ini masih berhutang dengan kontraktor sejumlah RM85,000.

Mohon para pewakaf budiman utk terus menginfaq untuk mencukupkan kewangan bagi membuat pembayaran kepada kontraktor. 





Tuesday, March 19, 2024

Kerja-kerja Tanaman Rumput

Alhamdulillah...
Satu lagi kerja-kerja akhir yang sedang dilaksanakan oleh CKSB. CKSB telah memulakan kerja-kerja penanaman rumput (turfing) di sekitar SRS. 
InsyaAllah CKSB maklumkan pokok akan dibawa masuk.

Saturday, March 16, 2024

Kerja Turapan SRS

Fasa Terakhir - insyaAllah ....
Kerja2 turapan SRS dilaksanakan hari ini. 

Surau ini masih memerlukan RM100k untuk disiapkan. Agak gusar jika dah siap tapi kewangan masih belum mencukupi. Ini bermakna SRS berhutang dengan kontraktor.

Mohon bantuan semua untuk terus mewakafkan sebahagian harta kita untuk pembinaan ini. 

CIMB Islamic Bank 
No. Akaun : 86 027 964 00
Nama : Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin. 

Kerja2 dimulakan pada sebelah siang hari ini. 

Kerja diteruskan sehingga malam. 

Pemisah Muslimah dan Tinted Pintu Muslimah

Tawaran Kerja-kerja membekal pemisah Muslimah untuk Surau Riyadhus Solihin Bangi Avenue

Merujuk kepada perkara di atas, kontraktor dijemput untuk menawarkan harga bagi tujuan membekal pemisah dan juga tinted pintu Muslimah. Dibawah disertakan pautan lukisan pemasangan divider Muslimah untuk rujukan dan tindakan tuan.
Selain membekal perkara di atas, kontraktor perlu menawarkan harga untuk pemasangan tinted di Bilik Sistem PA dan Bilik Fail Pejabat. Tinted yang dicadangkan adalah jenis frosted. Kontraktor juga diminta untuk mencadangkan harga pemasangan grill untuk tingkap ini. Disertakan gambar tingkap yang dimaksudkan seperti gambar dibawah ; 


Lukisan dan gambar yang disertakan hanya anggaran. Kontraktor perlu melaksanakan ukuran sebenar ditapak. Pihak Jawatankuasa berhak menolak tawaran dan pemasangan kontraktor jika di dapati tidak menepati saiz di tapak. 

Sebutharga yang dimajukan perlu terdapat penawaran harga untuk perkara ini ; 
a. Harga pemisah wanita 
b. Harga tinted frosted pintu Muslimah 
c. Harga tinted tingkap Bilik Sistem PA dan Bilik Fail Pejabat 
d. Pemasangan pemasangan grill tingkap Bilik Sistem PA dan Fail Pejabat. 
e. Pemasangan pintu baharu berserta sistem magnetik untuk bilik Sistem PA.

Kesemua perkara di atas perlu dinyatakan spesifikasi dan gambar untuk penilaian AJK Pembinaan. 

Mohon majukan sebutharga tuan selewat-lewatnya 18 Mac 2024 sebelum jam 1500hrs ke email pembinaan.srsba@gmail .com untuk penilaian lanjut kami. 

Kerja-kerja ini perlu diselesaikan sebelum 25 Mac 2024 sebelum jam 12:00 tengahari.

Tuesday, March 12, 2024

Pemasangan Road Curb

Hari ini adalah haribpertama Ramadan.
Progress kerja hari ini adalah pemasangan Road kerb. CKSB telah mula memasang Road curb.

Saturday, March 09, 2024

Signage & Rak Peralatan

Alhamdulillah.....
Hari ini beberapa lagi kerja-kerja final touch dapat dilaksanakan.

Kerja-kerja pemasangan signages telah dilaksanakan hari ini oleh CKSB. Signage pada menara azan, pintu pagar dan ruang masuk utama telah dipasang.
Selain daripada pemasangan signage, rak utk peralatan pembesar suara, CCTV juga telah dilaksanakan.




Monday, March 04, 2024

Pemandangan Udara Mac 2024

Alhamdulillah ... 
Hari ini direzekikan lagi untuk menerbangkan dron untuk tujuan merekodkan perkembangan pembinaan surau ini. 

Terdapat excavator masuk kembali ke tapak kerja adalah untuk memulakan kerja-kerja tarmac jalan batu di dalam kawasan surau. 

CKSB sedang giat melaksanakan kerja-kerja agar surau ini dapat dikeluarkan Certificate of Practical Completion (CPC) dan seterusnya dapat diserahkan kepada Jawatankuasa Protem Surau Riyadhus Solihin. 













Sunday, March 03, 2024

Persiapan Tarmac Batu Tar

Alhamdulilllah... 
Hari ini hari Ahad. 
Walau hari Ahad kontraktor CKSB terus bekerja bagi mengejar masa untuk menyiapkan projek pembinaan surau ini. Kerja2 excavation sub base level utk jalan telah mula dilaksanakan hari ini. 



Friday, March 01, 2024

Jawatankuasa Protem SRS

Alhamdulillah.
Hari ini satu perbincangan bersama AJK Pembinaan SRS, Surau Riyadhus Solihin (Musolla) bersama dengan al-fadhil Ustaz Ahmad Kamarul Najam B Ahmad Ghazali, Pegawai Hal Ehwal Islam, PAID HL telah diadakan di pejabat beliau. 

Alhamdulillah, satu persetujuan telah dicapai sekiranya surau ini siap, ianya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Protem SRS. Satu Jawatankuasa Protem SRS akan dibentuk bagi tujuan pengoperasian surau ini. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Cikgu Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi adalah Ustaz Abdul Manan Othman. Seramai 18 orang AJK boleh dilantik untuk memastikan kelancaran operasi SRS. 

Jawatankuasa Protem ini perlu melaksanakan Mesyuarat Agung Pemilihan Pertama dalam tempoh enam bulan.