Saturday, March 16, 2024

Kerja Turapan SRS

Fasa Terakhir - insyaAllah ....
Kerja2 turapan SRS dilaksanakan hari ini. 

Surau ini masih memerlukan RM100k untuk disiapkan. Agak gusar jika dah siap tapi kewangan masih belum mencukupi. Ini bermakna SRS berhutang dengan kontraktor.

Mohon bantuan semua untuk terus mewakafkan sebahagian harta kita untuk pembinaan ini. 

CIMB Islamic Bank 
No. Akaun : 86 027 964 00
Nama : Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin. 

Kerja2 dimulakan pada sebelah siang hari ini. 

Kerja diteruskan sehingga malam. 

Pemisah Muslimah dan Tinted Pintu Muslimah

Tawaran Kerja-kerja membekal pemisah Muslimah untuk Surau Riyadhus Solihin Bangi Avenue

Merujuk kepada perkara di atas, kontraktor dijemput untuk menawarkan harga bagi tujuan membekal pemisah dan juga tinted pintu Muslimah. Dibawah disertakan pautan lukisan pemasangan divider Muslimah untuk rujukan dan tindakan tuan.
Selain membekal perkara di atas, kontraktor perlu menawarkan harga untuk pemasangan tinted di Bilik Sistem PA dan Bilik Fail Pejabat. Tinted yang dicadangkan adalah jenis frosted. Kontraktor juga diminta untuk mencadangkan harga pemasangan grill untuk tingkap ini. Disertakan gambar tingkap yang dimaksudkan seperti gambar dibawah ; 


Lukisan dan gambar yang disertakan hanya anggaran. Kontraktor perlu melaksanakan ukuran sebenar ditapak. Pihak Jawatankuasa berhak menolak tawaran dan pemasangan kontraktor jika di dapati tidak menepati saiz di tapak. 

Sebutharga yang dimajukan perlu terdapat penawaran harga untuk perkara ini ; 
a. Harga pemisah wanita 
b. Harga tinted frosted pintu Muslimah 
c. Harga tinted tingkap Bilik Sistem PA dan Bilik Fail Pejabat 
d. Pemasangan pemasangan grill tingkap Bilik Sistem PA dan Fail Pejabat. 
e. Pemasangan pintu baharu berserta sistem magnetik untuk bilik Sistem PA.

Kesemua perkara di atas perlu dinyatakan spesifikasi dan gambar untuk penilaian AJK Pembinaan. 

Mohon majukan sebutharga tuan selewat-lewatnya 18 Mac 2024 sebelum jam 1500hrs ke email pembinaan.srsba@gmail .com untuk penilaian lanjut kami. 

Kerja-kerja ini perlu diselesaikan sebelum 25 Mac 2024 sebelum jam 12:00 tengahari.

Tuesday, March 12, 2024

Pemasangan Road Curb

Hari ini adalah haribpertama Ramadan.
Progress kerja hari ini adalah pemasangan Road kerb. CKSB telah mula memasang Road curb.

Saturday, March 09, 2024

Signage & Rak Peralatan

Alhamdulillah.....
Hari ini beberapa lagi kerja-kerja final touch dapat dilaksanakan.

Kerja-kerja pemasangan signages telah dilaksanakan hari ini oleh CKSB. Signage pada menara azan, pintu pagar dan ruang masuk utama telah dipasang.
Selain daripada pemasangan signage, rak utk peralatan pembesar suara, CCTV juga telah dilaksanakan.




Monday, March 04, 2024

Pemandangan Udara Mac 2024

Alhamdulillah ... 
Hari ini direzekikan lagi untuk menerbangkan dron untuk tujuan merekodkan perkembangan pembinaan surau ini. 

Terdapat excavator masuk kembali ke tapak kerja adalah untuk memulakan kerja-kerja tarmac jalan batu di dalam kawasan surau. 

CKSB sedang giat melaksanakan kerja-kerja agar surau ini dapat dikeluarkan Certificate of Practical Completion (CPC) dan seterusnya dapat diserahkan kepada Jawatankuasa Protem Surau Riyadhus Solihin. 













Sunday, March 03, 2024

Persiapan Tarmac Batu Tar

Alhamdulilllah... 
Hari ini hari Ahad. 
Walau hari Ahad kontraktor CKSB terus bekerja bagi mengejar masa untuk menyiapkan projek pembinaan surau ini. Kerja2 excavation sub base level utk jalan telah mula dilaksanakan hari ini. 



Friday, March 01, 2024

Jawatankuasa Protem SRS

Alhamdulillah.
Hari ini satu perbincangan bersama AJK Pembinaan SRS, Surau Riyadhus Solihin (Musolla) bersama dengan al-fadhil Ustaz Ahmad Kamarul Najam B Ahmad Ghazali, Pegawai Hal Ehwal Islam, PAID HL telah diadakan di pejabat beliau. 

Alhamdulillah, satu persetujuan telah dicapai sekiranya surau ini siap, ianya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Protem SRS. Satu Jawatankuasa Protem SRS akan dibentuk bagi tujuan pengoperasian surau ini. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Cikgu Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi adalah Ustaz Abdul Manan Othman. Seramai 18 orang AJK boleh dilantik untuk memastikan kelancaran operasi SRS. 

Jawatankuasa Protem ini perlu melaksanakan Mesyuarat Agung Pemilihan Pertama dalam tempoh enam bulan.

Thursday, February 29, 2024

Pra Pemeriksaan oleh BOMBA bersama PAID HL

 Alhamdulillah ....

AJK Pembinaan Surau Riyadhus Solihin dengan bantuan Tn Hj Karim telah berjaya mengaturkan satu pra-pemeriksaan oleh BOMBA dan PAID HL. Wakil daripada AJK Pembinaan terdiri daripada Ustaz Manan (Pengerusi), En. Faizul (Setiausaha) dan En. Faizal (Bendahari)

Pegawai PAID HL diwakili oleh Ustaz Amin dan Ustaz Khairun, manakala BOMBA diketuai oleh Penguasa Kanan BOMBA I, Tn Shahrin. Pra-pemeriksaan dan perbincangan ini juga turut disertai oleh Tn Hj Jamaluddin B Lop yang merupakan pengerusi Musolla Riyadhus Solihin dan juga Tn Hj Karim yang membantu mengaturkan pertemuan ini.  

Moga Allah permudahkan urusan ini.
Moga Allah lembutkan hati-hati hambanya utk kebaikan. Moga jemaah dikejiranan ini bersatu hati dalam menguruskan surau ini.




Sunday, February 25, 2024

Taklimat Pembinaan SRS

Alhamdulillah....
Satu majlis taklimat ringkas berkaitan pembangunan SRS baharu dapat dilaksanakan pada 23 Februari 2024.

Terima kasih diucapkan kepada AJK Surau Riyadhus Solihin yang diketuai oleh Cikgu Jamaluddin atas ruang yang diberikan.

Saturday, February 17, 2024

Mesyuarat Tapak No.12

 Alhamdulillah ...

Hari nie Mesyuarat Tapak No. 12 diadakan di kawasan anjung surau baru.
Kerja pembinaan menghampiri 90%. Semasa mesyuarat dijalankan, kerja-kerja pemasangan karpet juga dilaksanakan oleh pembekal.



Pemasangan Karpet

InsyaAllah, hari ini pemasangan karpet SRS akan mula dilaksanakan. 

Pagi ini kelihatan lori pembekal yang akan memasang karpet telah mula memasuki perkarangan SRS. 

Video Pemandangan udara


 

Sunday, February 04, 2024

Pemandangan Udara Februari 2024

Alhamdulillah, AJK Pembinaan dapat menerbangkan dron hari ini untuk mengambil gambar daripada udara progres pembinaan SRS. 

Selain daripada mengambil gambar, penggunaan dron juga digunakan bagi merakamkan pemasangan baharu unit penghawa dingin di atas bumbung SRS. Beberapa pemasangan di atas bumbung juga disemak pemasangannya dan akan disimpan gambarnya sebagai rujukan AJK Surau Riyadhus Solihin di masa hadapan.








Tuesday, January 23, 2024

Kerja-kerja mengecat, memasang Pagar & Kipas

Alhamdulillah, beberapa kemajuan pembinaan SRS dapat dilihat. 

Kerja-kerja mengecat bahagian dalam SRS telah dimulakan pada minggu lepas manakala kerja-kerja pemasangan pagar perimeter telah hampir 90% minggu ini. 

Kontraktor juga telah siap memasang kipas dan lampu dibahagian ruang solat utama, bahagian anjung BA3 dan dan juga di dalam tandas. 

Pemasangan pagar perimeter yang sedang dilaksanakan.

Lokasi pemasangan tangki tadahan hujan.

Kerja-kerja mengecat bilik mesyuarat dan lain-lain bilik sedang giat dilaksanakan.

Kerja-kerja mengecat bahagian dalam SRS sedang giat dilaksanakan

Kerja-kerja mengecat bahagian dalam SRS sedang giat dilaksanakan.

Kerja-kerja pemasangan kipas di anjung BA3 dan di dalam tandas.

Friday, January 19, 2024

Tandas SRS

Alhamdulillah, hari nie kemasan tandas sudah hampir 85% sempurna. Ramai yang memuji kecantikan tandas SRS ini. 

Untuk makluman, kontraktor yang membina SRS ini adalah kontraktor yang telah menaiktaraf seluruh tandas di KLIA.

Sunday, January 14, 2024

Skim Warna SRS

Kerja-kerja mengecat SRS diteruskan walaupun hari Ahad adalah hari cuti. Kerja-kerja terus dilaksanakan bagi mempercepatkan pembinaan SRS ini.

Skim warna SRS

Saturday, January 13, 2024

Lampu Pertama SRS

Alhamdulillah...
Tanggal 10 Jan 2024 lampu pertama dinyalakan. SRS dilimpahi cahaya buat pertama kalinya.

Kerja-kerja pemasangan lampu akan diteruskan sehingga selesai. 

Kita masih memerlukan bantuan muslimin dan muslimat bagi mencukupkan dana pembinaan ini.

Mohon bantuan utk terus mewakafkan harta kita utk melengkapkan pembinaan surau ini. 

Salurkan wakaf anda ke nombor akaun dibawah ; 
Bank : CIMB Islamic 
No. Akaun : 8602 7964 00
Nama : Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin

Tuesday, January 09, 2024

Rumah Sampah

Mengapa ruamah sampah diperlukan di SRS? Bukankah pembinaannya merugikan kos pembinaan? 
Rumah sampah perlu dibina kerana ianya adalah salah satu syarat yang telah dikenakan oleh MPKj bagi kelulusan Pelan Bangunan dan CCC. 

Tak boleh ke kalau kita tak nak bina rumah sampah? 
Jika rumah sampah tidak dibina, kelulusan Pelan Bangunan dan CCC tidak akan diperolehi. Jika CCC tidak diperolehi, surau ini tidak dapat diserahkan kepada JAIS dan seterusnya JAIS tidak dapat menyerahkan surau ini kepada AJK. 

Gambar dibawah menunjukkan rumah sampah yang sedang dibangunkan oleh pihak kontraktor yang dilantik. Rumah sampah ini perlu dibina kerana ianya merupakan salah satu syarat MPKj. 

Saturday, January 06, 2024

Penghawa Dingin dan Pagar Perimeter

Alhamdulillah hari ini kontraktor telah memasang beberapa  unit penghawa dingin di dalam surau ini. Pemasangan dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Ruang solat Utama, Bilik Imam dan Bilik Sistem PA. 

Pihak kontraktor juga telah mula memasang pagar perimeter disekitar kawasan surau.