Wednesday, March 30, 2022

Status Mac 2022

Serahan ke OSC Online MPKj tidak dapat diteruskan untuk serahan hardcopy kerana status pewartaan tanah surau masih belum diselesaikan oleh JAIS dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. 

Serahan hanya boleh dilaksanakan sekiranya urusan pewartaan telah selesai. JK Pembinaan SRS telah memajukan surat rayuan kepada MPKj agar proses serahan dapat dilaksanakan, walaubagaimanapun pihak MPKj tidak dapat meluluskan permohonan pengecualian ini. 

Pihak JK Pembinaan juga telah menghubungi JAIS untuk mendapatkan maklumat pewartaan. Pegawai JAIS yang bertugas, memaklumkan permohonan ini telah dimajukan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTD Hulu Langat melalui surat dengan No. Ruj JAI.SEL.BKP/03/023/8/15Jld6(56) bertarikh 14 Jan 2020, walaubagaimanapun sehingga kini masih belum ada maklumbalas daripadapihak PTD Hulu Langat.

JAIS perlu pewartaan tanah ini terlebih dahulu sebelum permohonan dokumen Kebenaran Membangun (KM) dapat diteruskan. 


Friday, February 25, 2022

Status Feb 2022

Pelan & dokumen yang telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS telah diterima pada 4 Feb 2022. Seterusnya pihak arkitek telah membuat kompilasi dokumen bagi permohonan OSC Online. 

Permohonan OSC (Serentak) bagi kelulusan Pelan Bangunan (PB), Kebenaran Membangun (KM) & Infra Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah dilakukan secara serantak dan telah dimuatnaik pada 10 Feb 2022. 

Jangkaan kelulusan penuh akan diperolehi dalam tempoh tiga (3) bulan jika tiada sebarang penolakan oleh pihak MPKj.

Dibawah adalah Lukisan Pelan yang telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS untuk rujukan para jemaah.




Monday, January 31, 2022

Status Jan 2022

Mesyuarat Kemajuan Kerja No.4 telah diadakan pada 5 Jan 2022. Semua Pelan / Borang telah ditandatangani oleh Pengerusi JK Pembinaan pada Oktober 2021. 

CKSB dalam proses mendapatkan tandatangan JAIS dan dijangkakan serahan akan dibuat pada minggu 10-14 Jan 2022. 

Permohonan Online kepada OSC MPKj tidak dapat dilaksanakan kerana borang perlu ditandatangan oleh JAIS. Sebaik mendapat tandatangan JAIS, serahan Online OSC akan dilakukan oleh CKSB.  

Tarikh cadangan baru serahan Online OSC adalah pada 28 Jan 2022. 

Jangkaan proses kelulusan PBT mengambil masa tiga (3) bulan. 

Perancangan Tarikh Mula Kerja Binaan berdasarkan perkembangan terkini adalah selewat-lewatnya pada 1 Mei 2022 dan juga tertakluk kepada kelulusan PBT. 


Saturday, June 05, 2021

Status Jun 2021

CKSB telah menyempurnakan draf Lukisan Arkitek untuk pembinaan SRS setelah beberapa siri perbincangan diadakan. 

Lukisan ini melibatkan penambahan ruang bahagian solat luar disebelah kanan SRS. 

Pembinaan dijangkan akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan perlaksanaan PKP3.0 dan menyukarkan serahan oleh pihak CKSB kepada pihak JAIS dan PBT.

Lukisan lakaran SRS yang telah disediakan oleh arkitek.


Saturday, April 10, 2021

Status April 2021

Alhamdullillah pada 10 April 2021 yang lalu AJK telah menyerahkan surat Surat Tawaran Pembinaan Surau Riyadhus Solihin, Bangi Avenue kepada Canggih Kilat Sdn Bhd. 

Kos pembinaan adalah berjumlah hampir RM1.7juta manakala RM250,000.00 lagi adalah untuk kerja-kerja konsultansi audio video dan kemasan di dalam SRS. Untuk makluman, kontraktor yang dilantik ada kontraktor G7. 

Jemaah boleh layari http://www.cksb.com.my untuk mendapatkan serba sedikit gambaran berkenaan dengan syarikat ini.  


Serahan Surat Tawaran Pembinaan kepada Pengarah Urusan
Canggih Kilat Sdn Bhd (CKSB), En. Jamel.
 

Lakaran Surau Riyadhus Solihin mengikut Kertas Cadangan CKSB yang dikemukakan.



Wednesday, January 29, 2020

Status Januari 2020


14 Jan 2020

JAIS telah menyerahkan surat permohonan Pewartaan tapak tanah SRS kepada PTG Hulu Langat untuk tujuan pewartaan tanah SRS sebagai tanah JAIS.

Ini adalah perlu bagi memastikan tiada tuntutan oleh pihak lain di masa hadapan. 

29 Jan 2020 

Serahan Dokumen untuk Permohonan Kebenaran Merancang (KM) telah dimajukan oleh Arkitek ke dalam Sistem Online Majlis Perbandaran Kajang pada 29 Jan 2020.