Wednesday, June 29, 2022

Status Jun 2022

Terdapat beberapa komen tambahan daripada pihak MPKj yang perlukan perhatian lanjut daripada ditambahbaik dan pihak konsultan.

Pihak konsultan telah memengemaskini beberapa komen yang telah dinyatakan oleh pihak MPKj.


Monday, May 30, 2022

Cadangan AJK Pembinaan Baharu oleh Persatuan Penduduk dan SRS

Pengerusi Surau Riyadhus Solihin (SRS), Tn Hj Jamaluddin bersama Setiausaha Tn Hj Zakaria Othman telah memajukan  cadangan AJK baharu Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin pada 17 Mei 2022 kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat.

Pengerusi Surau Riyadhus Solihib memaklumkan cadangan AJK baharu ini adalah persetujuan bersama dengan Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 2 dan juga Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 3.   

Walaubagaimanapun, perkara ini bercanggah dengan arahan mesyuarat pada 5 April 2022 yang dipengerusikan oleh Ustaz Nazri PAID Hulu Langat agar pihak SRS memcalonkan nama agar diserapkan ke dalam AJK Pembinaan SRS sediaada untuk diperkasakan jawatankuasanya. 

Oleh yang demikian pihak PAID HL telah menangguhkan terlebih dahulu perkara ini dan mengekalkan AJK Pembinaan SRS sediada utk melaksanakan pembinaan SRS. 

JK Pembinaan SRS mendapat maklumat daripada JAIS Pembangunan proses pewartaan telah selesai diuruskan. JAIS Pembangunan akan mengemukakan surat kepada SRS untuk tujuan perekodan dan rujukan.. 

Pada masa yang sama urusan serahan OSC Online diteruskan semula selepas mendapat kelulusan pewartaan ini.  





Saturday, April 30, 2022

Mesyuarat PAID HL - JK Pembinaan - Persatuan Penduduk Bangi Avenue

Pada 5 Apr 2022, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID HL) telah memanggil JK Pembinaan SRS, Persatuan Penduduk BA2 (PPBA2),Persatuan Penduduk BA3 (PPBA3) dan Nazir Masjid Kariah Bangi bagi membincangkan halatuju pembinaan SRS ekoran aduan daripada PPBA2 dan PPBA3 di atas kelewatan pembinaan surau.

PPBA2 dan PPBA3 mencadangkan agar JK Pembinaan SRS dibubarkan. Walaubagaimanapun di dalam mesyuarat, Ustaz Nazri, Pegawai Tadbir Agama PAID HL mencadangkan agar pemerkasaan Jawatankuasa dilaksanakan berbanding pembubaran kerana kerja-kerja awalan pembinaan telah mula dilaksanakan dan telah memasuki fasa akhir. Jika pembubaran dilaksanakan, kerja-kerja pembinaan perlu dimulakan semula daripada awal.  


Ustaz Nazri meminta PPBA2 dan PPBA3 menyerahkan senarai nama jemaah yang berminat untuk diserapkan ke dalam JK Pembinaan SRS sebelum 12 April 2022 kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin untuk diserahkan kepada PAID HL. 

Pada 11 April 2022, PPBA2 & PPBA3 meminta penangguhan serahan nama sehingga urusan pewartaan selesai. 


Friday, April 01, 2022

Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin Bangi Avenue

Pengerusi - Ustaz Abdul Manan B Othman 
Setiausaha - Hj Mohd Faizul Irwan B Mohd Razali 
Bendahari - En. Mohd Faizal Fairuz B Mohd Bani 
Pengurus Projek - Ir. Ahmad Faiz Bin A. Raup
AJK Pembinaan - En. Fadzil Ikhwan bin Ismail 

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada pembinaan.srsba@gmail.com

Wednesday, March 30, 2022

Status Mac 2022

Serahan ke OSC Online MPKj tidak dapat diteruskan untuk serahan hardcopy kerana status pewartaan tanah surau masih belum diselesaikan oleh JAIS dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. 

Serahan hanya boleh dilaksanakan sekiranya urusan pewartaan telah selesai. JK Pembinaan SRS telah memajukan surat rayuan kepada MPKj agar proses serahan dapat dilaksanakan, walaubagaimanapun pihak MPKj tidak dapat meluluskan permohonan pengecualian ini. 

Pihak JK Pembinaan juga telah menghubungi JAIS untuk mendapatkan maklumat pewartaan. Pegawai JAIS yang bertugas, memaklumkan permohonan ini telah dimajukan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTD Hulu Langat melalui surat dengan No. Ruj JAI.SEL.BKP/03/023/8/15Jld6(56) bertarikh 14 Jan 2020, walaubagaimanapun sehingga kini masih belum ada maklumbalas daripadapihak PTD Hulu Langat.

JAIS perlu pewartaan tanah ini terlebih dahulu sebelum permohonan dokumen Kebenaran Membangun (KM) dapat diteruskan. 


Friday, February 25, 2022

Status Feb 2022

Pelan & dokumen yang telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS telah diterima pada 4 Feb 2022. Seterusnya pihak arkitek telah membuat kompilasi dokumen bagi permohonan OSC Online. 

Permohonan OSC (Serentak) bagi kelulusan Pelan Bangunan (PB), Kebenaran Membangun (KM) & Infra Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah dilakukan secara serantak dan telah dimuatnaik pada 10 Feb 2022. 

Jangkaan kelulusan penuh akan diperolehi dalam tempoh tiga (3) bulan jika tiada sebarang penolakan oleh pihak MPKj.

Dibawah adalah Lukisan Pelan yang telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS untuk rujukan para jemaah.




Monday, January 31, 2022

Status Jan 2022

Mesyuarat Kemajuan Kerja No.4 telah diadakan pada 5 Jan 2022. Semua Pelan / Borang telah ditandatangani oleh Pengerusi JK Pembinaan pada Oktober 2021. 

CKSB dalam proses mendapatkan tandatangan JAIS dan dijangkakan serahan akan dibuat pada minggu 10-14 Jan 2022. 

Permohonan Online kepada OSC MPKj tidak dapat dilaksanakan kerana borang perlu ditandatangan oleh JAIS. Sebaik mendapat tandatangan JAIS, serahan Online OSC akan dilakukan oleh CKSB.  

Tarikh cadangan baru serahan Online OSC adalah pada 28 Jan 2022. 

Jangkaan proses kelulusan PBT mengambil masa tiga (3) bulan. 

Perancangan Tarikh Mula Kerja Binaan berdasarkan perkembangan terkini adalah selewat-lewatnya pada 1 Mei 2022 dan juga tertakluk kepada kelulusan PBT. 


Saturday, June 05, 2021

Status Jun 2021

CKSB telah menyempurnakan draf Lukisan Arkitek untuk pembinaan SRS setelah beberapa siri perbincangan diadakan. 

Lukisan ini melibatkan penambahan ruang bahagian solat luar disebelah kanan SRS. 

Pembinaan dijangkan akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan perlaksanaan PKP3.0 dan menyukarkan serahan oleh pihak CKSB kepada pihak JAIS dan PBT.

Lukisan lakaran SRS yang telah disediakan oleh arkitek.


Saturday, April 10, 2021

Status April 2021

Alhamdullillah pada 10 April 2021 yang lalu AJK telah menyerahkan surat Surat Tawaran Pembinaan Surau Riyadhus Solihin, Bangi Avenue kepada Canggih Kilat Sdn Bhd. 

Kos pembinaan adalah berjumlah hampir RM1.7juta manakala RM250,000.00 lagi adalah untuk kerja-kerja konsultansi audio video dan kemasan di dalam SRS. Untuk makluman, kontraktor yang dilantik ada kontraktor G7. 

Jemaah boleh layari http://www.cksb.com.my untuk mendapatkan serba sedikit gambaran berkenaan dengan syarikat ini.  


Serahan Surat Tawaran Pembinaan kepada Pengarah Urusan
Canggih Kilat Sdn Bhd (CKSB), En. Jamel.
 

Lakaran Surau Riyadhus Solihin mengikut Kertas Cadangan CKSB yang dikemukakan.



Wednesday, January 29, 2020

Status Januari 2020


14 Jan 2020

JAIS telah menyerahkan surat permohonan Pewartaan tapak tanah SRS kepada PTG Hulu Langat untuk tujuan pewartaan tanah SRS sebagai tanah JAIS.

Ini adalah perlu bagi memastikan tiada tuntutan oleh pihak lain di masa hadapan. 

29 Jan 2020 

Serahan Dokumen untuk Permohonan Kebenaran Merancang (KM) telah dimajukan oleh Arkitek ke dalam Sistem Online Majlis Perbandaran Kajang pada 29 Jan 2020.