Tuesday, May 09, 2023

Mesyuarat Tapak No.3

Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No.3 (MT No.3) telah dijalankan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Hj. Faizul. Kehadiran ditapak terdiri daripada wakil Canggih Kilat Sdn Bhd (CKSB) yang bertugas ditapak dan juga pihak arkitek, manakala En Razib dan Hj Faizul kehadiran adalah secara hibrid. 

Hj Faizul memaklumkan akan mengadakan satu perbincangan bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 12 Mei 2023 di pejabat PWS dan mencadangkan agar Ar. Yady turut hadir bersama ke mesyuarat tersebut bagi membincangan urusan Tuntutan Kerja No.1 CKSB. 

CKSB di dalam mesyuarat ini memaklumkan kemajuan kerja adalah pada kadar 32.17%. CKSB memaklumkan untuk bulan Mei 2023 akan cuba menyegerakan kerja-kerja konkrit slab dan juga pemasangan steel frame. 

Selepas selesai mesyuarat MT No.3, arkitek telah melaksanakan pemeriksaan ke atas tuntutan kerja CKSB yang kedua.   








No comments:

Post a Comment