Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No. 5 telah dilaksanakan pada 8 Julai 2023. Mesyuarat kali ini turut disertai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 2 (PPBA2), Saudara Hazwan.
Salah satu perkara yang dibincangkan adalah pembukaan sementara bahagian pagar di kejiranan BA2 bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembinaan pagar surau.
Di dalam meyuarat ini juga CKSB membentangkan kemajuan kerja telah mencapai 39.22%. CKSB akan berusaha untuk mempercepatkan proses pembinaan ini. Pada masa yang sama JK Pembinaan SRS perlu berusaha untuk mencukupkan dana pembinaan.
Selepas selesai mesyuarat, ahli mesyuarat dibawah ke lawatan tapak bagi melihat kemajuan projek. Penerangan ditapak diketuai oleh En Razib daripada CKSB.
Gambar Atas daripada kiri ke kanan; Faizal (JK SRS), Razib (CKSB), Yady (Arkitek), Halim (CKSB) Hazwan (PPBA2) dan Faiz (JK SRS) |
No comments:
Post a Comment