Alhamdulillah..
Hari ini Mesyuarat Tapak No.9 pertama kalinya diadakan di dalam SRS, wakil kontraktor dan arkitek telah menggunapakai bilik imam bagi bermesyuarat. Mod mesyuarat kali ini adalah secara hibrid.
CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 68.91% sehingga 31 Oktober 2023.
Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 30 Sept 2023 adalah berjumlah RM937,531. Bayaran yang ini adalah untuk bayaran Interim No.1 sehingga No.5 yang mana PWS telah membuat bayaran terakhir kepada CKSB pada 20 Sept 2023. Pihak CKSB juga telah memajukan tuntutan Interim No. 6 yang berjumlah RM202,915.74.
Sepanjang November 2023, CKSB merancang untuk meneruskan kerja-kerja konkrit, lepaan, pemasangan siling, kerja-kerja rendering lantai dan juga pemasangan jubin dan peralatan di dalam bilik air.
Arkitek juga di dalam mesyuarat ini telah mengesahkan permohonan EOT oleh kontraktor telah dimuktamadkan dan tempoh berakhir adalah pada 25 April 2024. Arkitek memaklumkan, kelewatan ini adalah disebabkan faktor kegagalan MPKj untuk mempercepatkan proses Building Plan pemaju SRS. InsyaAllah perkara ini sedang diuruskan.
No comments:
Post a Comment