Semakan ditapak pada hari ini mendapati bumbung berserta sistem insulasi telah dipasang di dalam SRS dan juga kawasan anjung SRS.
| Anjung Bestari |
Alhamdulillah, semakan ditapak mendapati kerja-kerja melepa sedang giat dilaksanakan oleh pihak CKSB. Disertakan sebahagian gambar kemajuan kerja untuk dewan solat utama dan anjung.
![]() |
| Ruang solat utama - Pandangan daripada sebelah Anjung BA2 |
![]() |
| Anjung Bestari - Anjung sebelah BA3 |
![]() |
| Ruang solat utama daripada Anjung Bestari |
![]() |
| Anjung SRS sebelah BA2 |
Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No. 7 telah dilaksanakan secara hybrid pada 5 Sept 2023. CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 58.61% sehingga 31 Ogos 2023.
Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 31 Julai 2023 adalah berjumlah RM665,039.93. Pembayaran ini masih sama seperti bulan terdahulu kerana pembayaran masih belum dilaksanakan oleh PWS. Semakan status pembayaran oleh PWS telah dibuat dan wakil PWS memaklumkan pembayaran akan dibuat pada minggu ini.
CKSB merancang untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dibawah untuk bulah September 2023
1. Kerja-kerja konkrit di bumbung anjung kiri dan kanan.
2. Kerja-kerja menaikkan dinding dibahagian tandas.
3. Meneruskan kerja-kerja plaster bangunan SRS.
4. Memasang gutter, bracket, penebat bumbung dan bumbung
5. Meneruskan kerja-kerja pendawaian di tandas, bilik perbincangan, bilik utility, pantry dan bilik jenazah.
6. Membina arch untuk anjung sisi.
7. Akan memulakan kerja-kerja retaining wall dibahagian BA2.
Dibawah disertakan gambar mesyuarat dan lawatan tapak. Lawatan tapak diadakan bersama CKSB dan arkitek.
| Mesyuarat Tapak No.7 diadakan secara hibrid. |
![]() |
| Lawatan tapak diketuai oleh Ar. Yady |
Alhamdulillah, hari ini sekali lagi JK Pembinaan SRS dapat menerbangkan dron bagi melihat perkembangan pembinaan SRS daripada udara.
Penerbangan kali ini jelas dapat dilihat kerja-kerja menaikkan dinding telah melebihi 80% disiapkan oleh pihak CKSB.
| Pemandangan udara pada 3 Sept 2023 |
| Penerbangan udara pada 5 Ogos 2023 |
| Penerbangan udara pada 3 Julai 2023 |
| Penerbangan udara pada 5 Jun 2023 |
| Penerbangan udara pada 29 April 2023 |
Alhamdulillah, tim JK Pembinaan SRS dapat menerbangkan dron bagi meninjau progres pembinaan SRS daripada udara. Mesyuarta Tapak No. 5 memaklumkan kemajuan kerja sehingga 31 Julai 2023 adalah pada kadar 45.60%.
| Pemandangan udara pada 29 April 2023 |
| Pemandangan udara pada 5 Jun 2023 |
| Pemandangan udara padda 3 Julai 2023 |
| Pemandangan udara pada 5 Ogos 2023 |
![]() |
| Ruangan anjung daripada BA2 |
| Ruangan Anjung SRS |
| Bilik Mesyuarat |
| Gambar diambil daripada pintu masuk utama Anjung SRS |
| Gambar diambil daripada pintu masuk utama BA2 |
| Laluan daripada tandas OKU ke tandas |
| Pintu masuk utama. Disebelah kanan adalah bilik mesyuarat dan di sebelah kiri bilik utiliti. |
| Ruangan imam daripada pintu Anjung SRS |
| Tandas wanita |
| Tandas lelaki |
| Bilik pengurusan jenazah dan tandas OKU |
Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No. 5 telah dilaksanakan pada 8 Julai 2023. Mesyuarat kali ini turut disertai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 2 (PPBA2), Saudara Hazwan.
Salah satu perkara yang dibincangkan adalah pembukaan sementara bahagian pagar di kejiranan BA2 bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembinaan pagar surau.
Di dalam meyuarat ini juga CKSB membentangkan kemajuan kerja telah mencapai 39.22%. CKSB akan berusaha untuk mempercepatkan proses pembinaan ini. Pada masa yang sama JK Pembinaan SRS perlu berusaha untuk mencukupkan dana pembinaan.
Selepas selesai mesyuarat, ahli mesyuarat dibawah ke lawatan tapak bagi melihat kemajuan projek. Penerangan ditapak diketuai oleh En Razib daripada CKSB.
![]() |
| Gambar Atas daripada kiri ke kanan; Faizal (JK SRS), Razib (CKSB), Yady (Arkitek), Halim (CKSB) Hazwan (PPBA2) dan Faiz (JK SRS) |
Beberapa gambar daripada udara yang di ambil menggunakan dron daripada sudut pandang lain. Pada ketika ini pembinaan dianggarkan telah 39% siap dilaksanakan.
Alhamdulillah, kerja-kerja menaikkan dinding terus dinaikkan. Sehingga hari ini kerja-kerja menaikkan dinding di bahagian tepi SRS sedang diusahakan oleh kontraktor yang dilantik.
Alhamdulillah, dalam tempoh dua (2) minggu selepas penghantaran struktur besi, CKSB telah menaikkan hampir 65% struktur besi bagi pembinaan Surau Riyadus Solihin. Gambar dibawah adalah gambar kemajuan di tapak yang diambil pada 5 Jun 2023.
Selepas penghantar sturktur besi dilaksanakan oleh CKSB, kerja-kerja pemasangan sturktur besi giat dilaksanakan. Sehingga hari ini hampir 30% pemasangan stuktur besi telah siap dipasang oleh pihak CKSB.
Alhamdulillah, hari ini CKSB memaklumkan penghantaran struktur besi ke tapak kerja telah dilaksanakan. CKSB menjangkakan akan menaikkan struktur besi ini pada minggu ini sehingga akhir bulah. InsyaAllah struktur besi ini akan dinaikkan sebelum berakhir Mei 2023.