Friday, January 05, 2024

Lawatan Tapak oleh Jemaah SRS

Alhamdulillah pada petang 4 Jan 2024, beberapa jemaah SRS telah datang melawat tapak pembinaan untuk melihat kemajuan pembinaan SRS Kekal. Lawatan ini diketuai oleh wakil AJK SRS Tn Hj Nawar. Wakil AJK Pembinaan SRS yang hadir adalah En. Faizul dan wakil Canggih Kilat Sdn Bhd adalah En. Halim. Kedua wakil ini menerangkan kemajuan semasa projek ini kepada jemaah SRS yang hadir.

Jemaah dibawa ke beberapa kawasan sekitar SRS Kekal, antaranya ke ruang solat utama, tandas jemaah lelaki, tandas jemaah wanita, pengasingan laluan jemaah lelaki dan wanita, bilik pengurusan jenazah dan beberapa kawasan lain. 


 
 

Tuesday, January 02, 2024

Daikin

Alhamdulillah, semakan di tapak mendapati unit penyaman udara jenama Daikin telah tiba di tapak. InsyaAllah pemasangan akan dilaksanakan setelah mengambil kira kesesuaian tapak. 

SRS Kekal dan SRS Sementara


 Gambar daripada udara SRS kekal dan SRS Sementara. Moga SRS Sementara ini akan terus diuruskan oleh AJK SRS akan datang untuk kegunaan dan kebaikan masyarakat setempat. 

Monday, January 01, 2024

Tangki Simpanan Air SRS

Alhamdulillah penerbangan dron pada hari ini turut menyemak pemasangan 7 unit tangki air yang telah siap dipasang di atas bumbung SRS. Pemasangan pam akan dilaksanakan oleh kontraktor dalam masa terdekat.



Pemandangan Udara Jan 2024.

Alhamdulillah sekali lagi hari ini di tahun baharu Masihi 1 Jan 2024, AJK dapat menerbangkan dron utk pemantauan pembinaan SRS daripada udara. 

Selain mengambil gambar pemandangan SRS daripada udara, AJK juga menggunakan dron ini untuk melihat pemasangan peralatan di atas bumbung SRS seperti pemasangan rain water drain pipe (RWDP), pemasangan tangki air, pemasangan pam dan lain-lain pemasangan. Gambar-gambar ini disimpan untuk rekod kegunaan AJK SRS di masa hadapan. 

















Sunday, December 31, 2023

Horn Speaker

Alhamdulillah, hari nie kelihatan dua (2) unit horn speaker telah dipasang oleh kontraktor. Diposisi menara ini akan diletakkan empat (4) unit horn speaker.

Kemajuan kerja2 mengecat undercoat juga positif walaupun dengan cabaran cuaca yang tidak menentu ekoran musim Monsoon Timur Laut.

Friday, December 29, 2023

Kerja-Kerja Cat

Alhamdulillah, 3 hari lepas kerja2 mengecat undercoat telah dimulakan oleh kontraktor. 
Moga proses pembinaan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

Thursday, December 21, 2023

Kerja Pemasangan Jubin, Pagar & frame tingkap

Alhamdulillah...
Semakan di tapak mendapati kerja-kerja sedang giat dilaksanakan oleh pihak kontraktor. 
Jubin tandas lelaki dan wanita telah mula dipasang. Pemilihan jubin seakan-akan marmar memperlihatkan kecantikan tandas ini. 

Semakan di tapak mendapati pemasangan frame utk tingkap dan sliding door telah siap dipasang. Terdapat beberapa tingkap juga telah siap pemasangannya.

Pemasangan pagar di sebelah kejiranan BA2 juga telah mula dilaksanakan. Pagar ini disebelah BA2 ini dipasang diatas retaining wall.

Friday, December 15, 2023

Pewakaf VIP

Alhamdulillah...
Rezeki daripada Allah. JK Pembinaan SRS telah menerima panggilan telefon daripada Ustaz Fadhli dari SK Saujana Impian memaklumkan terdapat seorang pewakaf VIP yang berhasrat mewakafkan ke pembinaan SRS.  Pihak sekolah menjadi perantara menyampaikan cek sumbangan pewakaf ini. 

Selain daripada JK Pembinaan SRS, terdapat empat (4) organisasi lagi yang menerima sumbangan. 

Kami memohon didoakan agar rezeki pewakaf ini sentiasa diberkati oleh Allah.

Kami AJK Pembinaan Surau Riyadhus Solihin masih memerlukan bantuan wang wakaf bagi melengkapkan pembinaan surau ini.Mohon sama2 dapat bantu kami realisasikan hasrat kami utk menyiapkan surau ini dan seterusnya mampu membayar kontraktor yang dilantik sebelum Ramadan 1445H.


Tuesday, December 12, 2023

Mesyuarat Tapak No. 10

Alhamdulillah, hari ini Mesyuarat Tapak No. 10 dapat diadakan di dalam Bilik Imam SRS.

CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 75.83% sehingga 30 November 2023. Kemajuan kerja adalah ahead daripada sasaran yang ditetapkan iaitu 72.19%  

Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 30 Nov 2023 adalah berjumlah RM1,140,447.25. Bayaran yang ini adalah untuk bayaran Interim No.1 sehingga No.6 yang mana PWS telah membuat bayaran terakhir kepada CKSB pada 20 Sept 2023. 


Lawatan tapak diadakan selepas mesyuarat bagi melihat progress pembinaan SRS bersama kontraktor dan arkitek.

Sunday, December 10, 2023

Bilik Mesyuarat & Suis Penghawa Dingin (Aircond)

InsyaAllah Bilik Mesyuarat SRS akan dilengkapi dengan papan putih dan juga Smart TV bagi melancarkan mesyuarat yang akan diadakan. 

Selain daripada itu, soket kuasa juga dipasang di lantai dan seterusnya ke meja mesyuarat bagi memudahkan ahli mesyuarat untuk menggunakan bekalan kuasa semasa bermesyuarat. 


SRS juga mengasingkan suis utama sistem penghawa dingin untuk tidak berada di dalam kawasan ruang solat utama. Ini bagi memastikan penggunaan penghawa dingan hanya dioperasikan oleh AJK SRS sahaja.  Bilik suis ini akan diselia oleh AJK SRS kelak. 

Tandas & Tempat Wudhu'

Tandas SRS terdiri daripada dua (2) tandas duduk dan dua (2) tandas cangkuk. Manakala satu partion tandas dilengkapi dengan pancur hujan (shower) untuk kegunaan mandi jemaah yang berhajat untuk mandi di SRS. 

Tempat Wudhu' pula, pili airnya diletakkan pada paras 4' bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk berwudhu tanpa perlu banyak membongkok. 

Sebagai salah satu usaha melestarikan alam sekitar, JK Pembinaan juga telah meminta kontraktor yang dilantik untuk menggunakan pili air yang mempunyai penarafan tiga (3) bintang bagi Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA).  

Perimeter Drain (longkang)

Salah satu ciri yang ditekankan di dalam pembinaan SRS adalah perkara berkaitan 'perimeter drain'. 

Kebanyakan pembinaan masa kini, 'perimeter drain' (longkang) dibina dibawah permukaan tanah dengan terdapat beberapa poin bukaan untuk tujuan penyelenggaraan. SRS tidak ketinggalan untuk melaksanakan perkara yang sama.  


Tuesday, November 21, 2023

Jubin Anjung Bestari & Menara SRS

Alhamdulillah...
Pemeriksaan tapak semalam mendapati jubin di kawasan Anjung Bestari telah siap dipasang. Boleh dikatakan hampir 70% jubin tidak termasuk bilik air telah siap dipasang.
Dibawah dikongsikan gambar menara SRS. Di menara inilah horn mic akan diletakkan. InsyaAllah tiga (3) mod talaan bunyi akan disediakan bila SRS mula beroperasi. 

Tiga (3) zon tersebut adalah 
1. Luar sahaja
2. Dalam sahaja.
3. Dalam dan Anjung Bestari 

JK Pembinaan SRS sentiasa mengalu-alukan cadangan penambahbaikan. Cadangan pembinaan tiga (3) talaan bunyi untuk SRS ini telah dicadangkan oleh Tn Hj Nawar. Jika terdapat sebarang cadangan boleh diemailkan kepada pembinaan.srsba@gmail.com

Saturday, November 18, 2023

Pemasangan Jubin & Sinki

Kerja2 pemasangan jubin di laluan masuk SRS, bilik mesyuarat dan bilik utiliti sedang giat dipasang oleh kontraktor.

Bilik mesyuarat juga kita pastikan terdapat powerpoint di lantai bagi memudahkan ahli mesyuarat untuk menyambung notebook dengan bekalan kuasa.

Sinki untuk bilik air juga telah mula dipasang oleh pihak CKSB. 
 

Friday, November 17, 2023

Mesyuarat Tapak No. 9

 Alhamdulillah..

Hari ini Mesyuarat Tapak No.9 pertama kalinya diadakan di dalam SRS, wakil kontraktor dan arkitek telah menggunapakai bilik imam bagi bermesyuarat. Mod mesyuarat kali ini adalah secara hibrid. 


CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 68.91% sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 30 Sept 2023 adalah berjumlah RM937,531. Bayaran yang ini adalah untuk bayaran Interim No.1 sehingga No.5 yang mana PWS telah membuat bayaran terakhir kepada CKSB pada 20 Sept 2023. Pihak CKSB juga telah memajukan tuntutan Interim No. 6 yang berjumlah RM202,915.74.

Sepanjang November 2023, CKSB merancang untuk meneruskan kerja-kerja konkrit, lepaan, pemasangan siling, kerja-kerja rendering lantai dan juga pemasangan jubin dan peralatan di dalam bilik air. 

Arkitek juga di dalam mesyuarat ini telah mengesahkan permohonan EOT oleh kontraktor telah dimuktamadkan dan tempoh berakhir adalah pada 25 April 2024. Arkitek memaklumkan, kelewatan ini adalah disebabkan faktor kegagalan MPKj untuk mempercepatkan proses Building Plan pemaju SRS. InsyaAllah perkara ini sedang diuruskan.




Thursday, November 16, 2023

Sumbangan Ahli Parlimen Bangi

Alhamdulillah....
Hari nie Tn Bendahari, En. Faizal menerima cek sumbangan Ahli Parlimen Bangi. 

Cek disampaikan oleh En. Zulsyahmi yang merupakan salah seorang petugas Pejabat Ahli Parlimen Bangi. 

Mohon teruskan sumbangan. 

Monday, November 06, 2023

Ruang Solat Utama & Anjung

InsyaAllah ruang solat utama Surau Riyadhus Solihin ini boleh menampung sehingga 300 jemaah, jika dibandingkan dengan surau sementara kini yang boleh menampung sehingga 160 jemaah sahaja 


 Dibahagian anjungnya pula boleh menampung hampir 200 jemaah lagi. 



Saturday, November 04, 2023

Pemandangan Udara Nov 2023

Alhamdulillah hari ini kita terbangkan lagi dron untuk melihat perkembangan SRS. 











Sistem "On Site Detention" (OSD)

Ini adalah titik permulaan sistem OSD di sebelah BA2 (Seksyen 6). Sistem ini adalah sistem aliran air aliran yang diminta untuk dibina oleh JPS Hulu Langat.

Sistem ini bila siap, tidak kelihatan kerana ianya akan ditutup.