Sunday, January 15, 2023
Mesyuarat CCM No.9
Monday, October 31, 2022
Status Oktober 2022
SRS telah menerima Makluman Keputusan Mesyuarat OSC Bil 19/2022 – 4 Oktober 2022 bertarikh 11 Oktober 2022 memberi Lulusan dengan Pindaaan : Lanjutan Tempoh Masa.
Lanjutan ini perlu bagi memastikan Pusat Sehenti Setempat (OSC) MPKj memberi kebenaran untuk lanjutan tempoh pindaan sementara menunggu kelulusan daripada JPS Hulu Langat dan juga Jabatan Perancangan MPKj untuk kelulusan KM.
Friday, September 30, 2022
Status September 2022
Pihak SRS telah meminta pihak perunding untuk melaksanakan serahan baharu kepada pihak JPS dan memasukkan lukisan berkaitan OSD seperti yang diminta oleh JPS.
Pihak perunding telah memajukan serahan baharu kepada pihak JPS Hulu Langat melalui surat dengan No. Rujukan (2021_01)/PNZ/SRSBA/JPS_001 bertarikh 23 September 2022.
Wednesday, August 31, 2022
Status Ogos 2022
CKSB menerima makluman Kebenaran Merancang (KM) Bersyarat bagi pembinaan ini telah diluluskan dengan bersyarat.
Walaubagaimanapun, pihak SRS perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Serahan terdahulu tidak dimasukkan On Site Detention Pond (OSD) di dalam pembinaan ini. Pihak JPS memerlukan OSD dimasukkan di dalam serahan.
JK Pembinaan telah mengarahkan CKSB mendapatkan kelulusan JPS pada kadar segera.
29 Ogos 2022
Sijil lanjutan masa utk menyiakan kerja telah dikeluarkan oleh pihak arkitek kepada Canggih Kilat Sdn Bhd pada 29 Ogost 2022. Tarikh siap kerja baharu bagi pembinaan SRS ini adalah 23 Oktober 2023.
Sunday, July 31, 2022
Status Julai 2022
Mesyuarat koordinasi No. 8 diadakan pada 2 Julai 2022 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Putra Mahkota, Bandar Bukit Mahkota bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan status terkini serahan dokumen kepada pihak MPKj.
Sehingga 2 Jul 2022 status dokumen adalah seperti dibawah ;
1. Pelan Bangunan - Lengkap utk kemuka hardcopy
2. Pelan Kerja Tanah - Lengkap utk kemuka hardcopy
3. Pelan Jalan & Parit – Sedang dikemaskini
4. Pelan Kebenaran Merancang - Sedang dikemaskini
Pada 18 Julai 2022, semua dokumen telah lengkap dikemaskini. Serahan kepada MPKj dilaksanakan pada 20 Julai 2022.
Pada 29 Julai Pengerusi PPBA3, Hj Zakaria bersama Pengerusi Musolla Riyadhus Solihin,Cikgu Jamaluddin telah ke PAID HL untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan agar Jawatankuasa baharu.
Walaubagaimanapun, permohonan ini tidak diterima kerana penambahan AJK tidak melalui JK Pembinaan SRS sediaada. Melalui mesyuarat 5 Apr 2022 yang dipengerusikan oleh Ustaz Nazri, penambahan AJK baharu perlu melalui JK Pembinaan SRS sediada.
Wednesday, June 29, 2022
Status Jun 2022
Terdapat beberapa komen tambahan daripada pihak MPKj yang perlukan perhatian lanjut daripada ditambahbaik dan pihak konsultan.
Pihak konsultan telah memengemaskini beberapa komen yang telah dinyatakan oleh pihak MPKj.
Monday, May 30, 2022
Cadangan AJK Pembinaan Baharu oleh Persatuan Penduduk dan SRS
Pengerusi Surau Riyadhus Solihin (SRS), Tn Hj Jamaluddin bersama Setiausaha Tn Hj Zakaria Othman telah memajukan cadangan AJK baharu Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin pada 17 Mei 2022 kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat.
Pengerusi Surau Riyadhus Solihib memaklumkan cadangan AJK baharu ini adalah persetujuan bersama dengan Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 2 dan juga Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 3.
Walaubagaimanapun, perkara ini bercanggah dengan arahan mesyuarat pada 5 April 2022 yang dipengerusikan oleh Ustaz Nazri PAID Hulu Langat agar pihak SRS memcalonkan nama agar diserapkan ke dalam AJK Pembinaan SRS sediaada untuk diperkasakan jawatankuasanya.
Oleh yang demikian pihak PAID HL telah menangguhkan terlebih dahulu perkara ini dan mengekalkan AJK Pembinaan SRS sediada utk melaksanakan pembinaan SRS.
JK Pembinaan SRS mendapat maklumat daripada JAIS Pembangunan proses pewartaan telah selesai diuruskan. JAIS Pembangunan akan mengemukakan surat kepada SRS untuk tujuan perekodan dan rujukan..
Pada masa yang sama urusan serahan OSC Online diteruskan semula selepas mendapat kelulusan pewartaan ini.
Saturday, April 30, 2022
Mesyuarat PAID HL - JK Pembinaan - Persatuan Penduduk Bangi Avenue
Pada 5 Apr 2022, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID HL) telah memanggil JK Pembinaan SRS, Persatuan Penduduk BA2 (PPBA2),Persatuan Penduduk BA3 (PPBA3) dan Nazir Masjid Kariah Bangi bagi membincangkan halatuju pembinaan SRS ekoran aduan daripada PPBA2 dan PPBA3 di atas kelewatan pembinaan surau.
PPBA2 dan PPBA3 mencadangkan agar JK Pembinaan SRS dibubarkan. Walaubagaimanapun di dalam mesyuarat, Ustaz Nazri, Pegawai Tadbir Agama PAID HL mencadangkan agar pemerkasaan Jawatankuasa dilaksanakan berbanding pembubaran kerana kerja-kerja awalan pembinaan telah mula dilaksanakan dan telah memasuki fasa akhir. Jika pembubaran dilaksanakan, kerja-kerja pembinaan perlu dimulakan semula daripada awal.
Ustaz Nazri meminta PPBA2 dan PPBA3 menyerahkan senarai nama jemaah yang berminat untuk diserapkan ke dalam JK Pembinaan SRS sebelum 12 April 2022 kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin untuk diserahkan kepada PAID HL.
Pada 11 April 2022, PPBA2 & PPBA3 meminta penangguhan serahan nama sehingga urusan pewartaan selesai.
Friday, April 01, 2022
Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin Bangi Avenue
Wednesday, March 30, 2022
Status Mac 2022
Serahan ke OSC Online MPKj tidak dapat diteruskan untuk serahan hardcopy kerana status pewartaan tanah surau masih belum diselesaikan oleh JAIS dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.
Serahan hanya boleh dilaksanakan sekiranya urusan pewartaan telah selesai. JK Pembinaan SRS telah memajukan surat rayuan kepada MPKj agar proses serahan dapat dilaksanakan, walaubagaimanapun pihak MPKj tidak dapat meluluskan permohonan pengecualian ini.
Pihak JK Pembinaan juga telah menghubungi JAIS untuk mendapatkan maklumat pewartaan. Pegawai JAIS yang bertugas, memaklumkan permohonan ini telah dimajukan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTD Hulu Langat melalui surat dengan No. Ruj JAI.SEL.BKP/03/023/8/15Jld6(56) bertarikh 14 Jan 2020, walaubagaimanapun sehingga kini masih belum ada maklumbalas daripadapihak PTD Hulu Langat.
JAIS perlu pewartaan tanah ini terlebih dahulu sebelum permohonan dokumen Kebenaran Membangun (KM) dapat diteruskan.
Friday, February 25, 2022
Status Feb 2022
Pelan & dokumen yang telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS telah diterima pada 4 Feb 2022. Seterusnya pihak arkitek telah membuat kompilasi dokumen bagi permohonan OSC Online.
Permohonan OSC (Serentak) bagi kelulusan Pelan Bangunan (PB), Kebenaran Membangun (KM) & Infra Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah dilakukan secara serantak dan telah dimuatnaik pada 10 Feb 2022.
Jangkaan kelulusan penuh akan diperolehi dalam tempoh tiga (3) bulan jika tiada sebarang penolakan oleh pihak MPKj.
Dibawah adalah Lukisan Pelan yang telah ditandatangani oleh Pengarah JAIS untuk rujukan para jemaah.
Monday, January 31, 2022
Status Jan 2022
Mesyuarat Kemajuan Kerja No.4 telah diadakan pada 5 Jan 2022. Semua Pelan / Borang telah ditandatangani oleh Pengerusi JK Pembinaan pada Oktober 2021.
CKSB dalam proses mendapatkan tandatangan JAIS dan dijangkakan serahan akan dibuat pada minggu 10-14 Jan 2022.
Permohonan Online kepada OSC MPKj tidak dapat dilaksanakan kerana borang perlu ditandatangan oleh JAIS. Sebaik mendapat tandatangan JAIS, serahan Online OSC akan dilakukan oleh CKSB.
Tarikh cadangan baru serahan Online OSC adalah pada 28 Jan 2022.
Jangkaan proses kelulusan PBT mengambil masa tiga (3) bulan.
Perancangan Tarikh Mula Kerja Binaan berdasarkan perkembangan terkini adalah selewat-lewatnya pada 1 Mei 2022 dan juga tertakluk kepada kelulusan PBT.
Saturday, June 05, 2021
Status Jun 2021
CKSB telah menyempurnakan draf Lukisan Arkitek untuk pembinaan SRS setelah beberapa siri perbincangan diadakan.
Lukisan ini melibatkan penambahan ruang bahagian solat luar disebelah kanan SRS.
Pembinaan dijangkan akan mengalami sedikit kelewatan disebabkan perlaksanaan PKP3.0 dan menyukarkan serahan oleh pihak CKSB kepada pihak JAIS dan PBT.
| Lukisan lakaran SRS yang telah disediakan oleh arkitek. |
Saturday, April 10, 2021
Status April 2021
Alhamdullillah pada 10 April 2021 yang lalu AJK telah menyerahkan surat Surat Tawaran Pembinaan Surau Riyadhus Solihin, Bangi Avenue kepada Canggih Kilat Sdn Bhd.
Kos pembinaan adalah berjumlah hampir RM1.7juta manakala RM250,000.00 lagi adalah untuk kerja-kerja konsultansi audio video dan kemasan di dalam SRS. Untuk makluman, kontraktor yang dilantik ada kontraktor G7.
Jemaah boleh layari http://www.cksb.com.my untuk mendapatkan serba sedikit gambaran berkenaan dengan syarikat ini.
| Serahan Surat Tawaran Pembinaan kepada Pengarah Urusan Canggih Kilat Sdn Bhd (CKSB), En. Jamel. |
| Lakaran Surau Riyadhus Solihin mengikut Kertas Cadangan CKSB yang dikemukakan. |
Wednesday, January 29, 2020
Status Januari 2020
14 Jan 2020
JAIS telah menyerahkan surat permohonan Pewartaan tapak tanah SRS kepada PTG Hulu Langat untuk tujuan pewartaan tanah SRS sebagai tanah JAIS.
Ini adalah perlu bagi memastikan tiada tuntutan oleh pihak lain di masa hadapan.
29 Jan 2020
Serahan Dokumen untuk Permohonan Kebenaran Merancang (KM) telah dimajukan oleh Arkitek ke dalam Sistem Online Majlis Perbandaran Kajang pada 29 Jan 2020.
