Alhamdulillah mesyuarat CCM No.9 telah diadakan di Pejabat Urusan Canggih Kilat pada 14 Jan 2023.
Masih terdapat beberapa serahan yang masih belum mendapat kelulusan daripada pihak MPKj. Sehingga kini terdapat permintaan daripada Jabatan Perancangan MPKj perlu dimajukan oleh pihak konsultan.
CKSB memaklumkan, serahan terkini yang telah dimajukan olehkonsultan kepada MPKj adalah pada 10 Jan 2023. AJK Pembinaan meminta agar CKSB membuat follow up pada 15 Jan 2023 berkenaan dengan status serahan ini.
Salah satu keputusan penting di dalam mesyuarat ini adalah pihak CKSB bersetuju untuk mula memasuki tapak kerja pada bulan Februari 2023 dan pada masa yang sama akan melaksanakan serahan dokumen kepada MPKj untuk mendapat kelulusan sehingga mendapat Borang B.
AJK Pembinaan berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh CKSB dalam memastikan projek ini dapat diselesaikan seperti yang dipersetujui.
No comments:
Post a Comment