Wednesday, February 08, 2023

Mesyuarat Tapak No.1

Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No. 1 (SM No. 1) telah diadakan pada 7 Februari 2021. Di dalam mesyuarat ini beberapa  pemegang taruh bagi pembinaan SRS telah dipertemukan. 

Mesyuarat ini diadakan pada 7 Februari 2023 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Putra Mahkota.  Salah satu agenda mesyuarat ini adalah memaklumkan kepada pemegang taruh kemajuan kerja pembinaan SRS. Di dalam mesyuarat ini juga arkitek dan kontraktor membentangkan cadangan pelan yang telah diserahkan kepada MPKj untuk kelulusan pembangunan bagi memberi gambaran yang jelas bagaimana rekabentuk surau ini kelak.

Antara pemegang taruh yang dapat hadir ke mesyuarat ini adalah 

1. Perbadanan Wakaf Selangor diwakili oleh Ustaz Hafiz dan Ustaz Fahmi  

2. Masjid Kariah Bangi (MKB) diwakili oleh Hj. Faizul, Penolong Bendahari MKB  

3. Surau Riyadhus Solihin diwakili oleh Hj Jamal & Hj Zakaria

4. Persatuan Penduduk BA2 diwakili oleh En Arif, Pengerusi PPBA2 bersama seorang AJK PPBA2. 

5. Persatuan Penduduk BA3 diwakili oleh En. Hafiz, Pengerusi PPBA3

6. Arkitek dan kontraktor. 

InsyaAllah kerja-kerja pembinaan akan bermula pada bulan Februari 2023. Kontraktor memberi komitmen untuk mula memasuki tapak pada pertengahan Februari 2023 untuk membuat kerja-kerja survey. Dijangka kerja-kerja di tapak akan mula dilaksanakan bermula Mac 2023. 


Pihak JK Pembinaan SRS berharap dengan adanya mesyuarat ini pihak pemegang taruh ini dapat menyampaikan maklumat kepada organisasi yang diwakili oleh mereka. 

JK Pembinaan SRS juga memaklumkan jika terdapat sebarang maklumbalas diperlukan, pihak yang hadir boleh mengemail JK Pembinaan SRS untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Akhirnya, JK Pembinaan SRS berharap pembinaan ini dapat berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pemegang taruh. Surau ini adalah Rumah Allah di kejiranan Bangi Avenue, marilah kita bersama-sama membina Rumah Allah ini dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa prasangka dan prejudis.  

No comments:

Post a Comment