Alhamdulillah, kerja-kerja menaikkan dinding terus dinaikkan. Sehingga hari ini kerja-kerja menaikkan dinding di bahagian tepi SRS sedang diusahakan oleh kontraktor yang dilantik.
Sunday, June 25, 2023
Friday, June 16, 2023
Dinding Pertama Dinaikkan
Monday, June 12, 2023
Anjung SRS
Tuesday, June 06, 2023
Tapak SRS daripada Udara - June 2023
Monday, June 05, 2023
Kerja-kerja Pemasangan Sturktur Besi
Alhamdulillah, dalam tempoh dua (2) minggu selepas penghantaran struktur besi, CKSB telah menaikkan hampir 65% struktur besi bagi pembinaan Surau Riyadus Solihin. Gambar dibawah adalah gambar kemajuan di tapak yang diambil pada 5 Jun 2023.
Sunday, May 28, 2023
Kerja-Kerja Pemasangan Struktur Besi
Selepas penghantar sturktur besi dilaksanakan oleh CKSB, kerja-kerja pemasangan sturktur besi giat dilaksanakan. Sehingga hari ini hampir 30% pemasangan stuktur besi telah siap dipasang oleh pihak CKSB.
Monday, May 22, 2023
Penghantaran Struktur Besi
Alhamdulillah, hari ini CKSB memaklumkan penghantaran struktur besi ke tapak kerja telah dilaksanakan. CKSB menjangkakan akan menaikkan struktur besi ini pada minggu ini sehingga akhir bulah. InsyaAllah struktur besi ini akan dinaikkan sebelum berakhir Mei 2023.
Saturday, May 20, 2023
Cabaran Batuan Keras di Kawasan Kerja Perparitan
CKSB memaklumkan kerja-kerja untuk meletakkan konkrit terakhir footing telah dilaksanakan hari ini.
Selain daripada kerja-kerja curahan terakhir pada footing ini, kerja-kerja menyediakan saluran parit juga terus dilaksanakan. Walaubagaimanapun, kerja-kerja ini terus berhadapan dengan cabaran batuan keras yang terdapat di tapak pembinaan ini. Kerja-kerja korekan untuk parit perlu diselang-seli dengan kerja-kerja hacking.
![]() |
| Gambar atas curahan footing terakhir SRS |
![]() |
| Gambar dua (2) unit backhoe digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja korekan dan pemecahan (hacking) batuan keras bagi penyediaan chamber untuk sistem perparitan. |
Monday, May 15, 2023
Kerja-kerja Curahan Konkrit
Alhamdulillah, hari ini CKSB memaklumkan kerja-kerja curahan konkrit untuk 'ground slab' telah mulah dilaksanakan. Kerja-kerja curahan konkrit ini adalah bagi gridline A-M/1-9.
Beberapa jentera telah digunakan bagi tujuan curahan konkrit ini. Terdapat kerosakan pada tempat letak kereta sedia ada semasa jentera ini melaksanakan kerja-kerja ini. CKSB memaklumkan akan membaiki kerosakan ini kelak.
Friday, May 12, 2023
Mesyuarat Bersama PWS
Satu mesyuarat bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah diadakan pada 12 Mei 2023 bagi membincangkan urusan Tuntutan Kerja No.1 CKSB. Perbincangan ini dihadiri oleh Hj. Faizul, wakil JK Pembinaan SRS, Ar. Yady, wakil arkitek dan En. Meor, wakil PWS.
Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan beberapa perkara yang dicadangkan oleh pihak PWS akan cuba diselesaikan.
Tuesday, May 09, 2023
Mesyuarat Tapak No.3
Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No.3 (MT No.3) telah dijalankan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Hj. Faizul. Kehadiran ditapak terdiri daripada wakil Canggih Kilat Sdn Bhd (CKSB) yang bertugas ditapak dan juga pihak arkitek, manakala En Razib dan Hj Faizul kehadiran adalah secara hibrid.
Hj Faizul memaklumkan akan mengadakan satu perbincangan bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 12 Mei 2023 di pejabat PWS dan mencadangkan agar Ar. Yady turut hadir bersama ke mesyuarat tersebut bagi membincangan urusan Tuntutan Kerja No.1 CKSB.
CKSB di dalam mesyuarat ini memaklumkan kemajuan kerja adalah pada kadar 32.17%. CKSB memaklumkan untuk bulan Mei 2023 akan cuba menyegerakan kerja-kerja konkrit slab dan juga pemasangan steel frame.
Selepas selesai mesyuarat MT No.3, arkitek telah melaksanakan pemeriksaan ke atas tuntutan kerja CKSB yang kedua.
Saturday, April 29, 2023
Tapak SRS daripada Udara
Alhamdulillah hari ini dapat menerbangka dron untuk melihat pandangan daripada udara kemajuan projek pembinaan SRS ini. InsyaAllah, dron akan diterbangkan secara berkala bagi merekod perkembangan pembinaan SRS ini daripada semasa ke semasa.
Friday, April 28, 2023
Pemasangan Paip Servis bawah Tanah
Tuesday, April 18, 2023
Kerja-kerja Fabrikasi Struktur Besi
CKSB memaklumkan kerja-kerja fabrikasi struktur besi telah 95% siap. Struktur-strukteur besi ini sedia untuk dihantar ke tapak kerja dan pemasangan. Walaubagaimanapun, penghantaran ditangguhkan sehingga kerja-kerja 'ground slab' siap.
Monday, April 10, 2023
Kerja-kerja 10 - 15 April
Wednesday, April 05, 2023
Mesyuarat Tapak No.2
Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No.2 telah diadakan pada 4 April 2023. Mesyuarat telah diadakan di kabin tapak. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin, wakil perunding dan wakil kontraktor. Kontraktor melaporkan sehingga kini kemajuan kerja adalah pada kadar 29%.
Selepas mesyuarat selesai, ahli mesyuarat telah dibawa ke tapak kerja untuk melihat kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor. Kerja semasa yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor adalah menyediakan ground beam untuk grid J-Q/1-9
Pihak kontraktor juga telah menyerahkan Tuntutan Interim No.1 kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin dan tuntutan ini telah diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk tujuan semakan. Wakil PWS akan turun ke tapak untuk membuat semakan sebelum pembayaran dilaksanakan.
Friday, March 31, 2023
Fabrikasi Steel Frame
Kontraktor memaklumkan kerja-kerja fabrikasi steel frame sedang giat dilaksanakan di yard yang terletak di Rawang,
Tuesday, March 28, 2023
Pemasangan Formwork
Kemajuan kerja yang dilaporkan oleh kontraktor di tapak bina ketika ini adalah pada pembinaan ground beam. pemasangan formwork, lean conc dan besi. Kawasan kerja yang sedang dilaksanakan kerja-kerja ini adalah pada gridline A - J / 1 – 9.
Semasa melaksanakan kerja-kerja laluan ground beam ini juga mengahadapi isu penemuan lapisan batuan yang keras dan menyebabkan kontraktor ‘hack’ batuan ini bagi meneruskan kerja-kerja ditapak.
Tuesday, March 21, 2023
Kerja-Kerja Curahan Konkrit Awalan
Kerja-kerja curahan konkriat awalan (lean concreate) bagi asas tapak (pad footing) telah dilaksanakan pada minggu lalu dan akan diteruskan sehingga 24 Mac 2023. Kerja-kerja ini melibatkan kerja-kerja curahan konkrit kepada 47 pad footing yang perlu dilaksanakan.


























