Tuesday, October 31, 2023

Penghantaran Culvert Box

Alhamdulillah hari ini kerja-kerja penghantaran culvert box untuk sistem On Site Detention (OSD) tiba di tapak pembinaan SRS. Untuk makluman OSD ini adalah keperluan yang diminta oleh JPS. 

Selain sistem OSD, SRS juga dilengkapi sistem perparitan yang tertutup. Sistem ini dipilih bagi memastikan kawasan persekitaran SRS kelihatan kemas tanpa kelihatan longkang2nya. 



Monday, October 16, 2023

Kerja-kerja Pengalihan Papan 'Hoarding'

Alhamdulillah.

Kerja-kerja pengalihan hoarding mula dilaksanakan pada 10 Oktober 2023 yang lalu. Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pihak CKSB untuk melaksanakan kerja-kerja membina tembok penahan (retaining wall)

Tembok penahan ini dibina sebagai satu keperluan untuk pembinaan SRS sehingga ke sempadan SRS yang telah diwartakan, tanpa pembinaan tembok penahan ini, kerja-kerja tidak dapat dilaksanakan sehingga ke sempadan SRS. 

Semasa kerja-kerja pembinaan retaining wall ini, terdapat sedikit susunatur yang akan menjejaskan pergerakan jemaah SRS ketika berada di dalam kawasan SRS sementara. Pihak kontraktor akan mencuba sebaik mungkin meminimakan susunatur yang menjejaskan pergerakan Jemaah. Kami di pihak JK Pembinaan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.  

Sama2 kita doakan agar pembinaan SRS ini dapat diselesaikan sebelum Ramadan 1445H dan seterusnya dapat melunaskan pembayaran kepada kontrakto' InsyaAllah 

Teruskan derma tuan2 untuk mencukupkan dana pembinaan. Kita masih memerlukan sekitar RM150k untuk menyempurnakan pembinaan ini.  

Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan-puan boleh email kepada pembinaan.srsba@gmail.com






Saturday, October 14, 2023

Mesyuarat Tapak No. 8

Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No. 8 telah dilaksanakan secara fizikal pada 5 Sept 2023 bertempat di pejabat tapak CKSB. CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 66.25% sehingga 30 September 2023

Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 30 Sept 2023 adalah berjumlah RM937,531. Bayaran yang ini adalah untuk bayaran Interim No.1 sehingga No.5 yang mana PWS telah membuat bayaran terakhir kepada CKSB pada 20 Sept 2023. 

Sepanjang Oktober 2023, CKSB merancang untuk meneruskan kerja-kerja konkrit, lepaan, pemasangan siling dan kerja-kerja rendering lantai. CKSB juga menjangkakan kerja-kerja membina tembok penahan juga akan dimulakan pada bulan Oktober 2023. 



Sunday, October 08, 2023

Kemajuan Tapak SRS daripada Udara - Oktober 2023

Alhamdulillah, penerbangan dron kali ini dapat melihat bumbung surau telah mula dipasang lengkap bersama dengan sistem insulasi bumbung. Sama-sama kita doakan agar proses pembinaan ini dapat disiapkan pada kadar segera dan mendapat kelulusan MPKj. 

Gambar dron pada 8 Oktober 2023

Gambar dron pada 3 Sept 2023

Gambar dron pada 5 Ogos 2023

Gambar dron pada 3 Julai 2023

Gambar dron pada 5 Jun 2023

Gambar dron pada 29 April 2023

Wednesday, September 27, 2023

Pemasangan Bumbung

 Alhamdulillah. 
Semakan ditapak pada hari ini mendapati bumbung berserta sistem insulasi telah dipasang di dalam SRS dan juga kawasan anjung SRS. 

Pihak kontraktor sedang merancang untuk memasang siling selepas ini. 

Anjung Bestari 
Ruang solat utama daripada Anjung BA2 

Ruang solat utama daripada pintu masuk utama (pintu belakang)


Saturday, September 09, 2023

Ruang Solat Utama dan Anjung

Alhamdulillah, semakan ditapak mendapati kerja-kerja melepa sedang giat dilaksanakan oleh pihak CKSB. Disertakan sebahagian gambar kemajuan kerja untuk dewan solat utama dan anjung.   


Ruang solat utama - Pandangan daripada sebelah Anjung BA2

Anjung Bestari - Anjung sebelah BA3

Ruang solat utama daripada Anjung Bestari

Anjung SRS sebelah BA2



Wednesday, September 06, 2023

Mesyuarat Tapak No. 7

Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No. 7 telah dilaksanakan secara hybrid pada 5 Sept 2023. CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 58.61% sehingga 31 Ogos 2023

Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 31 Julai 2023 adalah berjumlah RM665,039.93. Pembayaran ini masih sama seperti bulan terdahulu kerana pembayaran masih belum dilaksanakan oleh PWS. Semakan status pembayaran oleh PWS telah dibuat dan wakil PWS memaklumkan pembayaran akan dibuat pada minggu ini. 

CKSB merancang untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dibawah untuk bulah September 2023

1. Kerja-kerja konkrit di bumbung anjung kiri dan kanan.

2. Kerja-kerja menaikkan dinding dibahagian tandas. 

3. Meneruskan kerja-kerja plaster bangunan SRS. 

4. Memasang gutter, bracket, penebat bumbung dan bumbung

5. Meneruskan kerja-kerja pendawaian di tandas, bilik perbincangan, bilik utility, pantry dan bilik jenazah.

6. Membina arch untuk anjung sisi. 

7. Akan memulakan kerja-kerja retaining wall dibahagian BA2. 

Dibawah disertakan gambar mesyuarat dan lawatan tapak. Lawatan tapak diadakan bersama CKSB dan arkitek.  

Mesyuarat Tapak No.7 diadakan secara hibrid. 


Lawatan tapak diketuai oleh Ar. Yady

Sunday, September 03, 2023

Kemajuan Tapak SRS daripada Udara - Sept 2023

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi JK Pembinaan SRS dapat menerbangkan dron bagi melihat perkembangan pembinaan SRS daripada udara.

Penerbangan kali ini jelas dapat dilihat kerja-kerja menaikkan dinding telah melebihi 80% disiapkan oleh pihak CKSB. 

Pemandangan udara pada 3 Sept 2023

Penerbangan udara pada 5 Ogos 2023


Penerbangan udara pada 3 Julai 2023


Penerbangan udara pada 5 Jun 2023


Penerbangan udara pada 29 April 2023

Wednesday, August 23, 2023

Kerja-kerja Plastering.

Alhamdulillah...
CKSB telah memulakan kerja-kerja plastering binaan surau bermula minggu ini. 

Kerja-kerja ini akan berterusan sehingga projek pembinaan ini selesai.

Monday, August 14, 2023

Lawatan Tapak Pengerusi JK Pembinaan

Alhamdulillah.
Hari ini Ustaz Manan, Pengerusi JK Pembinaan SRS telah mengadakan lawatan tapak bersama Setiausaha JK Pembinaan SRS sambil ditemani oleh wakil CKSB, En. Akmal. 

Beberapa perkara berkaitan perkembangan pembinaan telah dikongsikan oleh wakil CKSB.

Tuesday, August 08, 2023

Mesyuarat Tapak No.6

Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No. 6 telah dilaksanakan secara hybrid pada 8 Ogos 2023. CKSB memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah mencapai kemajuan pada kadar 45.6% sehingga 31 Julai 2023. Jumlah pembayaran yang telah dibayar kepada CKSB sehingga 31 Julai 2023 adalah berjumlah RM665,039.93.

CKSB merancang untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dibawah untuk bulah Ogos 2023 ; 

a. Meneruskan kerja-kerja pemasangan di kawasan bondek.
b. Meneruskan kerja-kerja menaikkan batu di Bilik Perbincangan dan Bilik Jenazah.
c. Pemasangan penegang dan palang pengikat untuk kerja-kerja bata di kawasan bumbung
d. Meneruskan kerja-kerja batu di kawasan bumbung.
e. Memasang conduit kerja-kerja elektrik.
f. Meneruskan kerja-kerja pemasanga kabel elektrik. 
g. Pemasangan trunking, conduit dan paip drain utk system penghawa dingin
h. Meneruskan kerja-kerja melepa. 

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan. 
Mohon semua Jemaah untuk terus menyumbang kepada tabung pembinaan SRS ini.

Sunday, August 06, 2023

Kemajuan Tapak SRS daripada Udara - Ogos 2023

Alhamdulillah, tim JK Pembinaan SRS dapat menerbangkan dron bagi meninjau progres pembinaan SRS daripada udara. Mesyuarta Tapak No. 5 memaklumkan kemajuan kerja sehingga 31 Julai 2023 adalah pada kadar 45.60%. 

Pemandangan udara pada 29 April 2023


Pemandangan udara pada 5 Jun 2023

Pemandangan udara padda 3 Julai 2023



Pemandangan udara pada 5 Ogos  2023

Monday, July 24, 2023

Kerja-Kerja Menaikan Dinding

Alhamdulillah .....
Kerja-kerja menaikkan dinding utama telah selesai minggu ini. 
Ketika ini kontraktor dalam usaha membuat kerja-kerja pendawaian dalaman.
Gambar dibawah adalah gambar ruangan utama yang telah dinaikkan dinding oleh pihak kontraktor.
Ruangan anjung daripada BA2


Ruangan Anjung SRS 

Bilik Mesyuarat 

Gambar diambil daripada pintu masuk utama Anjung SRS 

Gambar diambil daripada pintu masuk utama BA2

Laluan daripada tandas OKU ke tandas

Pintu masuk utama. Disebelah kanan adalah bilik mesyuarat dan di sebelah kiri bilik utiliti.

Ruangan imam daripada pintu Anjung SRS

Tandas wanita 

Tandas lelaki

Bilik pengurusan jenazah dan tandas OKU


Sunday, July 09, 2023

Mesyuarat Tapak No.5

Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No. 5 telah dilaksanakan pada 8 Julai 2023. Mesyuarat kali ini turut disertai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 2 (PPBA2), Saudara Hazwan. 

Salah satu perkara yang dibincangkan adalah pembukaan sementara bahagian pagar di kejiranan BA2 bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembinaan pagar surau. 

Di dalam meyuarat ini juga CKSB membentangkan kemajuan kerja telah mencapai 39.22%. CKSB akan berusaha untuk mempercepatkan proses pembinaan ini. Pada masa yang sama JK Pembinaan SRS perlu berusaha untuk mencukupkan dana pembinaan. 

Selepas selesai mesyuarat, ahli mesyuarat dibawah ke lawatan tapak bagi melihat kemajuan projek. Penerangan ditapak diketuai oleh En Razib daripada CKSB. 

Gambar Atas daripada kiri ke kanan; Faizal (JK SRS), Razib (CKSB), Yady (Arkitek), Halim (CKSB) Hazwan (PPBA2) dan Faiz (JK SRS)



 

Monday, July 03, 2023

Gambar udara 3 Julai 2023

Beberapa gambar daripada udara yang di ambil menggunakan dron daripada sudut pandang lain. Pada ketika ini pembinaan dianggarkan telah 39% siap dilaksanakan. 





Gambar Kemajuan Tapak SRS daripada Udara Julai 2023

 

Pemandangan udara 29 April 2023

Pemandangan udara 5 Jun 2023


Pemandangan udara 3 Julai 2023