Alhamdululillah kerja-kerja ground beam untuk grid A-J 1-9 telah dilaksanakan. Selain daripada penyediaan ground beam, kerja-kerja mengikat anchor bolt juga sedang giat dilaksanakan.
![]() |
| Pemasangan anchor bolt. |
Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No.2 telah diadakan pada 4 April 2023. Mesyuarat telah diadakan di kabin tapak. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin, wakil perunding dan wakil kontraktor. Kontraktor melaporkan sehingga kini kemajuan kerja adalah pada kadar 29%.
Selepas mesyuarat selesai, ahli mesyuarat telah dibawa ke tapak kerja untuk melihat kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor. Kerja semasa yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor adalah menyediakan ground beam untuk grid J-Q/1-9
Pihak kontraktor juga telah menyerahkan Tuntutan Interim No.1 kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin dan tuntutan ini telah diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk tujuan semakan. Wakil PWS akan turun ke tapak untuk membuat semakan sebelum pembayaran dilaksanakan.
Kontraktor memaklumkan kerja-kerja fabrikasi steel frame sedang giat dilaksanakan di yard yang terletak di Rawang,
Kemajuan kerja yang dilaporkan oleh kontraktor di tapak bina ketika ini adalah pada pembinaan ground beam. pemasangan formwork, lean conc dan besi. Kawasan kerja yang sedang dilaksanakan kerja-kerja ini adalah pada gridline A - J / 1 – 9.
Semasa melaksanakan kerja-kerja laluan ground beam ini juga mengahadapi isu penemuan lapisan batuan yang keras dan menyebabkan kontraktor ‘hack’ batuan ini bagi meneruskan kerja-kerja ditapak.
Kerja-kerja curahan konkriat awalan (lean concreate) bagi asas tapak (pad footing) telah dilaksanakan pada minggu lalu dan akan diteruskan sehingga 24 Mac 2023. Kerja-kerja ini melibatkan kerja-kerja curahan konkrit kepada 47 pad footing yang perlu dilaksanakan.
Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No. 1 (SM No. 1) telah diadakan pada 7 Februari 2021. Di dalam mesyuarat ini beberapa pemegang taruh bagi pembinaan SRS telah dipertemukan.
Mesyuarat ini diadakan pada 7 Februari 2023 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Putra Mahkota. Salah satu agenda mesyuarat ini adalah memaklumkan kepada pemegang taruh kemajuan kerja pembinaan SRS. Di dalam mesyuarat ini juga arkitek dan kontraktor membentangkan cadangan pelan yang telah diserahkan kepada MPKj untuk kelulusan pembangunan bagi memberi gambaran yang jelas bagaimana rekabentuk surau ini kelak.
Antara pemegang taruh yang dapat hadir ke mesyuarat ini adalah
1. Perbadanan Wakaf Selangor diwakili oleh Ustaz Hafiz dan Ustaz Fahmi
2. Masjid Kariah Bangi (MKB) diwakili oleh Hj. Faizul, Penolong Bendahari MKB
3. Surau Riyadhus Solihin diwakili oleh Hj Jamal & Hj Zakaria
4. Persatuan Penduduk BA2 diwakili oleh En Arif, Pengerusi PPBA2 bersama seorang AJK PPBA2.
5. Persatuan Penduduk BA3 diwakili oleh En. Hafiz, Pengerusi PPBA3
6. Arkitek dan kontraktor.
InsyaAllah kerja-kerja pembinaan akan bermula pada bulan Februari 2023. Kontraktor memberi komitmen untuk mula memasuki tapak pada pertengahan Februari 2023 untuk membuat kerja-kerja survey. Dijangka kerja-kerja di tapak akan mula dilaksanakan bermula Mac 2023.
SRS telah menerima Makluman Keputusan Mesyuarat OSC Bil 19/2022 – 4 Oktober 2022 bertarikh 11 Oktober 2022 memberi Lulusan dengan Pindaaan : Lanjutan Tempoh Masa.
Lanjutan ini perlu bagi memastikan Pusat Sehenti Setempat (OSC) MPKj memberi kebenaran untuk lanjutan tempoh pindaan sementara menunggu kelulusan daripada JPS Hulu Langat dan juga Jabatan Perancangan MPKj untuk kelulusan KM.
Pihak SRS telah meminta pihak perunding untuk melaksanakan serahan baharu kepada pihak JPS dan memasukkan lukisan berkaitan OSD seperti yang diminta oleh JPS.
Pihak perunding telah memajukan serahan baharu kepada pihak JPS Hulu Langat melalui surat dengan No. Rujukan (2021_01)/PNZ/SRSBA/JPS_001 bertarikh 23 September 2022.
Mesyuarat koordinasi No. 8 diadakan pada 2 Julai 2022 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Putra Mahkota, Bandar Bukit Mahkota bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan status terkini serahan dokumen kepada pihak MPKj.
Sehingga 2 Jul 2022 status dokumen adalah seperti dibawah ;
1. Pelan Bangunan - Lengkap utk kemuka hardcopy
2. Pelan Kerja Tanah - Lengkap utk kemuka hardcopy
3. Pelan Jalan & Parit – Sedang dikemaskini
4. Pelan Kebenaran Merancang - Sedang dikemaskini
Pada 18 Julai 2022, semua dokumen telah lengkap dikemaskini. Serahan kepada MPKj dilaksanakan pada 20 Julai 2022.
Pada 29 Julai Pengerusi PPBA3, Hj Zakaria bersama Pengerusi Musolla Riyadhus Solihin,Cikgu Jamaluddin telah ke PAID HL untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan agar Jawatankuasa baharu.
Walaubagaimanapun, permohonan ini tidak diterima kerana penambahan AJK tidak melalui JK Pembinaan SRS sediaada. Melalui mesyuarat 5 Apr 2022 yang dipengerusikan oleh Ustaz Nazri, penambahan AJK baharu perlu melalui JK Pembinaan SRS sediada.
Terdapat beberapa komen tambahan daripada pihak MPKj yang perlukan perhatian lanjut daripada ditambahbaik dan pihak konsultan.
Pihak konsultan telah memengemaskini beberapa komen yang telah dinyatakan oleh pihak MPKj.
Pengerusi Surau Riyadhus Solihin (SRS), Tn Hj Jamaluddin bersama Setiausaha Tn Hj Zakaria Othman telah memajukan cadangan AJK baharu Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin pada 17 Mei 2022 kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat.
Pengerusi Surau Riyadhus Solihib memaklumkan cadangan AJK baharu ini adalah persetujuan bersama dengan Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 2 dan juga Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 3.
Walaubagaimanapun, perkara ini bercanggah dengan arahan mesyuarat pada 5 April 2022 yang dipengerusikan oleh Ustaz Nazri PAID Hulu Langat agar pihak SRS memcalonkan nama agar diserapkan ke dalam AJK Pembinaan SRS sediaada untuk diperkasakan jawatankuasanya.
Oleh yang demikian pihak PAID HL telah menangguhkan terlebih dahulu perkara ini dan mengekalkan AJK Pembinaan SRS sediada utk melaksanakan pembinaan SRS.
JK Pembinaan SRS mendapat maklumat daripada JAIS Pembangunan proses pewartaan telah selesai diuruskan. JAIS Pembangunan akan mengemukakan surat kepada SRS untuk tujuan perekodan dan rujukan..
Pada masa yang sama urusan serahan OSC Online diteruskan semula selepas mendapat kelulusan pewartaan ini.
Pada 5 Apr 2022, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID HL) telah memanggil JK Pembinaan SRS, Persatuan Penduduk BA2 (PPBA2),Persatuan Penduduk BA3 (PPBA3) dan Nazir Masjid Kariah Bangi bagi membincangkan halatuju pembinaan SRS ekoran aduan daripada PPBA2 dan PPBA3 di atas kelewatan pembinaan surau.
PPBA2 dan PPBA3 mencadangkan agar JK Pembinaan SRS dibubarkan. Walaubagaimanapun di dalam mesyuarat, Ustaz Nazri, Pegawai Tadbir Agama PAID HL mencadangkan agar pemerkasaan Jawatankuasa dilaksanakan berbanding pembubaran kerana kerja-kerja awalan pembinaan telah mula dilaksanakan dan telah memasuki fasa akhir. Jika pembubaran dilaksanakan, kerja-kerja pembinaan perlu dimulakan semula daripada awal.
Ustaz Nazri meminta PPBA2 dan PPBA3 menyerahkan senarai nama jemaah yang berminat untuk diserapkan ke dalam JK Pembinaan SRS sebelum 12 April 2022 kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin untuk diserahkan kepada PAID HL.
Pada 11 April 2022, PPBA2 & PPBA3 meminta penangguhan serahan nama sehingga urusan pewartaan selesai.
Serahan ke OSC Online MPKj tidak dapat diteruskan untuk serahan hardcopy kerana status pewartaan tanah surau masih belum diselesaikan oleh JAIS dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.
Serahan hanya boleh dilaksanakan sekiranya urusan pewartaan telah selesai. JK Pembinaan SRS telah memajukan surat rayuan kepada MPKj agar proses serahan dapat dilaksanakan, walaubagaimanapun pihak MPKj tidak dapat meluluskan permohonan pengecualian ini.
Pihak JK Pembinaan juga telah menghubungi JAIS untuk mendapatkan maklumat pewartaan. Pegawai JAIS yang bertugas, memaklumkan permohonan ini telah dimajukan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTD Hulu Langat melalui surat dengan No. Ruj JAI.SEL.BKP/03/023/8/15Jld6(56) bertarikh 14 Jan 2020, walaubagaimanapun sehingga kini masih belum ada maklumbalas daripadapihak PTD Hulu Langat.
JAIS perlu pewartaan tanah ini terlebih dahulu sebelum permohonan dokumen Kebenaran Membangun (KM) dapat diteruskan.