Monday, July 24, 2023

Kerja-Kerja Menaikan Dinding

Alhamdulillah .....
Kerja-kerja menaikkan dinding utama telah selesai minggu ini. 
Ketika ini kontraktor dalam usaha membuat kerja-kerja pendawaian dalaman.
Gambar dibawah adalah gambar ruangan utama yang telah dinaikkan dinding oleh pihak kontraktor.
Ruangan anjung daripada BA2


Ruangan Anjung SRS 

Bilik Mesyuarat 

Gambar diambil daripada pintu masuk utama Anjung SRS 

Gambar diambil daripada pintu masuk utama BA2

Laluan daripada tandas OKU ke tandas

Pintu masuk utama. Disebelah kanan adalah bilik mesyuarat dan di sebelah kiri bilik utiliti.

Ruangan imam daripada pintu Anjung SRS

Tandas wanita 

Tandas lelaki

Bilik pengurusan jenazah dan tandas OKU


Sunday, July 09, 2023

Mesyuarat Tapak No.5

Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No. 5 telah dilaksanakan pada 8 Julai 2023. Mesyuarat kali ini turut disertai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi Avenue 2 (PPBA2), Saudara Hazwan. 

Salah satu perkara yang dibincangkan adalah pembukaan sementara bahagian pagar di kejiranan BA2 bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembinaan pagar surau. 

Di dalam meyuarat ini juga CKSB membentangkan kemajuan kerja telah mencapai 39.22%. CKSB akan berusaha untuk mempercepatkan proses pembinaan ini. Pada masa yang sama JK Pembinaan SRS perlu berusaha untuk mencukupkan dana pembinaan. 

Selepas selesai mesyuarat, ahli mesyuarat dibawah ke lawatan tapak bagi melihat kemajuan projek. Penerangan ditapak diketuai oleh En Razib daripada CKSB. 

Gambar Atas daripada kiri ke kanan; Faizal (JK SRS), Razib (CKSB), Yady (Arkitek), Halim (CKSB) Hazwan (PPBA2) dan Faiz (JK SRS)



 

Monday, July 03, 2023

Gambar udara 3 Julai 2023

Beberapa gambar daripada udara yang di ambil menggunakan dron daripada sudut pandang lain. Pada ketika ini pembinaan dianggarkan telah 39% siap dilaksanakan. 





Gambar Kemajuan Tapak SRS daripada Udara Julai 2023

 

Pemandangan udara 29 April 2023

Pemandangan udara 5 Jun 2023


Pemandangan udara 3 Julai 2023

Sunday, June 25, 2023

Kerja-kerja menaikkan Dinding SRS

Alhamdulillah, kerja-kerja menaikkan dinding terus dinaikkan. Sehingga hari ini kerja-kerja menaikkan dinding di bahagian tepi SRS sedang diusahakan oleh kontraktor yang dilantik. 


 


Friday, June 16, 2023

Dinding Pertama Dinaikkan

Alhamdulillah....
Dinding pertama Surau Riyadhus Solihin Bangi Avenue (SRS) telah dinaikkan. Dinding ruangan hadapan SRS dinaikkan terlebih dahulu. 

Dinding ruangan mihrab dan dinding ruangan bilik audio dan bilik fail sedang dinaikkan.

Moga pembinaan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. 

Monday, June 12, 2023

Anjung SRS

Alhamdulillah, struktur besi bagi tiang dan bumbung untuk kawasan Anjung SRS telah mula dinaikkan. Minggu lepasstruktur besi bagi bahagian ini masih belum dinaikkan. Alhamdulillah, hari ini telah dinaikkan.

InsyaAllah, bulan depan dinding akan mula dinaikkan. Mohon teruskan bantuan kewangan bagi mencukupkan dana pembinaan.

Tuesday, June 06, 2023

Tapak SRS daripada Udara - June 2023

Alhamdulillah petang 5 Jun 2023, Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin Bangi Avenue sekali lagi dapat menerbangkan dron bagi melihat perkembangan terkini pembangunan surau daripada udara. 

Pandangan udara pada 29 April 2023. 


Pemandangan udara pada 5 Jun 2023

Monday, June 05, 2023

Kerja-kerja Pemasangan Sturktur Besi

Alhamdulillah, dalam tempoh dua (2) minggu selepas penghantaran struktur besi, CKSB telah menaikkan hampir 65% struktur besi bagi pembinaan Surau Riyadus Solihin. Gambar dibawah adalah gambar kemajuan di tapak yang diambil pada 5 Jun 2023.  



Sunday, May 28, 2023

Kerja-Kerja Pemasangan Struktur Besi

Selepas penghantar sturktur besi dilaksanakan oleh CKSB, kerja-kerja pemasangan sturktur besi giat dilaksanakan. Sehingga hari ini hampir 30% pemasangan stuktur besi telah siap dipasang oleh pihak CKSB. 



Monday, May 22, 2023

Penghantaran Struktur Besi

Alhamdulillah, hari ini CKSB memaklumkan penghantaran struktur besi ke tapak kerja telah dilaksanakan. CKSB menjangkakan akan menaikkan struktur besi ini pada minggu ini sehingga akhir bulah. InsyaAllah struktur besi ini akan dinaikkan sebelum berakhir Mei 2023.  




Saturday, May 20, 2023

Cabaran Batuan Keras di Kawasan Kerja Perparitan

CKSB memaklumkan kerja-kerja untuk meletakkan konkrit terakhir footing telah dilaksanakan hari ini. 

Selain daripada kerja-kerja curahan terakhir pada footing ini, kerja-kerja menyediakan saluran parit juga terus dilaksanakan. Walaubagaimanapun, kerja-kerja ini terus berhadapan dengan cabaran batuan keras yang terdapat di tapak pembinaan ini. Kerja-kerja korekan untuk parit perlu diselang-seli dengan kerja-kerja hacking. 

Gambar atas curahan footing terakhir SRS

Gambar dua (2) unit backhoe digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja korekan dan pemecahan (hacking)  batuan keras bagi penyediaan chamber untuk sistem perparitan. 


Monday, May 15, 2023

Kerja-kerja Curahan Konkrit

Alhamdulillah, hari ini CKSB memaklumkan kerja-kerja curahan konkrit untuk 'ground slab' telah mulah dilaksanakan. Kerja-kerja curahan konkrit ini adalah bagi gridline A-M/1-9. 

Beberapa jentera telah digunakan bagi tujuan curahan konkrit ini. Terdapat kerosakan pada tempat letak kereta sedia ada semasa jentera ini melaksanakan kerja-kerja ini. CKSB memaklumkan akan membaiki kerosakan ini kelak. 





Friday, May 12, 2023

Mesyuarat Bersama PWS

Satu mesyuarat bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah diadakan pada 12 Mei 2023 bagi membincangkan urusan Tuntutan Kerja No.1 CKSB. Perbincangan ini dihadiri oleh Hj. Faizul, wakil JK Pembinaan SRS, Ar. Yady, wakil arkitek dan En. Meor, wakil PWS. 

Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan beberapa perkara yang dicadangkan oleh pihak PWS akan cuba diselesaikan. 



Tuesday, May 09, 2023

Mesyuarat Tapak No.3

Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No.3 (MT No.3) telah dijalankan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Hj. Faizul. Kehadiran ditapak terdiri daripada wakil Canggih Kilat Sdn Bhd (CKSB) yang bertugas ditapak dan juga pihak arkitek, manakala En Razib dan Hj Faizul kehadiran adalah secara hibrid. 

Hj Faizul memaklumkan akan mengadakan satu perbincangan bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 12 Mei 2023 di pejabat PWS dan mencadangkan agar Ar. Yady turut hadir bersama ke mesyuarat tersebut bagi membincangan urusan Tuntutan Kerja No.1 CKSB. 

CKSB di dalam mesyuarat ini memaklumkan kemajuan kerja adalah pada kadar 32.17%. CKSB memaklumkan untuk bulan Mei 2023 akan cuba menyegerakan kerja-kerja konkrit slab dan juga pemasangan steel frame. 

Selepas selesai mesyuarat MT No.3, arkitek telah melaksanakan pemeriksaan ke atas tuntutan kerja CKSB yang kedua.   








Saturday, April 29, 2023

Tapak SRS daripada Udara

Alhamdulillah hari ini dapat menerbangka dron untuk melihat pandangan daripada udara kemajuan projek pembinaan SRS ini. InsyaAllah, dron akan diterbangkan secara berkala bagi merekod perkembangan pembinaan SRS ini daripada semasa ke semasa. 



Friday, April 28, 2023

Pemasangan Paip Servis bawah Tanah

Kerja-kerja membuka formwork utk grid ini telah dilaksanakan dan kemudian kerja-kerja backfilling pada grid J-Q/1-9 juga telah dilaksanakan. 

Selain daripada kerja-kerja backfilling, kerja-kerja pemasangan paip servis bawah tanah juga  dilaksanakan. 


Kerja-kerja pemasangan paip servis bawah tanah.










Tuesday, April 18, 2023

Kerja-kerja Fabrikasi Struktur Besi

CKSB memaklumkan kerja-kerja  fabrikasi struktur besi telah 95% siap. Struktur-strukteur besi ini sedia untuk dihantar ke tapak kerja dan pemasangan. Walaubagaimanapun, penghantaran ditangguhkan sehingga kerja-kerja 'ground slab' siap.



Monday, April 10, 2023

Kerja-kerja 10 - 15 April

Alhamdululillah kerja-kerja ground beam untuk grid A-J 1-9 telah dilaksanakan. Selain daripada penyediaan ground beam, kerja-kerja mengikat anchor bolt  juga sedang giat dilaksanakan. 


Pemasangan anchor bolt.



Wednesday, April 05, 2023

Mesyuarat Tapak No.2

Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No.2 telah diadakan pada 4 April 2023. Mesyuarat telah diadakan di kabin tapak. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin, wakil perunding dan wakil kontraktor. Kontraktor melaporkan sehingga kini kemajuan kerja adalah pada kadar 29%. 

Selepas mesyuarat selesai, ahli mesyuarat telah dibawa ke tapak kerja untuk melihat kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor. Kerja semasa yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor adalah menyediakan ground beam untuk grid J-Q/1-9

Pihak kontraktor juga telah menyerahkan Tuntutan Interim No.1 kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin dan tuntutan ini telah diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk tujuan semakan. Wakil PWS akan turun ke tapak untuk membuat semakan sebelum pembayaran dilaksanakan.