Sunday, May 28, 2023

Kerja-Kerja Pemasangan Struktur Besi

Selepas penghantar sturktur besi dilaksanakan oleh CKSB, kerja-kerja pemasangan sturktur besi giat dilaksanakan. Sehingga hari ini hampir 30% pemasangan stuktur besi telah siap dipasang oleh pihak CKSB. 



Monday, May 22, 2023

Penghantaran Struktur Besi

Alhamdulillah, hari ini CKSB memaklumkan penghantaran struktur besi ke tapak kerja telah dilaksanakan. CKSB menjangkakan akan menaikkan struktur besi ini pada minggu ini sehingga akhir bulah. InsyaAllah struktur besi ini akan dinaikkan sebelum berakhir Mei 2023.  




Saturday, May 20, 2023

Cabaran Batuan Keras di Kawasan Kerja Perparitan

CKSB memaklumkan kerja-kerja untuk meletakkan konkrit terakhir footing telah dilaksanakan hari ini. 

Selain daripada kerja-kerja curahan terakhir pada footing ini, kerja-kerja menyediakan saluran parit juga terus dilaksanakan. Walaubagaimanapun, kerja-kerja ini terus berhadapan dengan cabaran batuan keras yang terdapat di tapak pembinaan ini. Kerja-kerja korekan untuk parit perlu diselang-seli dengan kerja-kerja hacking. 

Gambar atas curahan footing terakhir SRS

Gambar dua (2) unit backhoe digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja korekan dan pemecahan (hacking)  batuan keras bagi penyediaan chamber untuk sistem perparitan. 


Monday, May 15, 2023

Kerja-kerja Curahan Konkrit

Alhamdulillah, hari ini CKSB memaklumkan kerja-kerja curahan konkrit untuk 'ground slab' telah mulah dilaksanakan. Kerja-kerja curahan konkrit ini adalah bagi gridline A-M/1-9. 

Beberapa jentera telah digunakan bagi tujuan curahan konkrit ini. Terdapat kerosakan pada tempat letak kereta sedia ada semasa jentera ini melaksanakan kerja-kerja ini. CKSB memaklumkan akan membaiki kerosakan ini kelak. 





Friday, May 12, 2023

Mesyuarat Bersama PWS

Satu mesyuarat bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah diadakan pada 12 Mei 2023 bagi membincangkan urusan Tuntutan Kerja No.1 CKSB. Perbincangan ini dihadiri oleh Hj. Faizul, wakil JK Pembinaan SRS, Ar. Yady, wakil arkitek dan En. Meor, wakil PWS. 

Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan beberapa perkara yang dicadangkan oleh pihak PWS akan cuba diselesaikan. 



Tuesday, May 09, 2023

Mesyuarat Tapak No.3

Alhamdulillah, Mesyuarat Tapak No.3 (MT No.3) telah dijalankan secara hibrid dan dipengerusikan oleh Hj. Faizul. Kehadiran ditapak terdiri daripada wakil Canggih Kilat Sdn Bhd (CKSB) yang bertugas ditapak dan juga pihak arkitek, manakala En Razib dan Hj Faizul kehadiran adalah secara hibrid. 

Hj Faizul memaklumkan akan mengadakan satu perbincangan bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 12 Mei 2023 di pejabat PWS dan mencadangkan agar Ar. Yady turut hadir bersama ke mesyuarat tersebut bagi membincangan urusan Tuntutan Kerja No.1 CKSB. 

CKSB di dalam mesyuarat ini memaklumkan kemajuan kerja adalah pada kadar 32.17%. CKSB memaklumkan untuk bulan Mei 2023 akan cuba menyegerakan kerja-kerja konkrit slab dan juga pemasangan steel frame. 

Selepas selesai mesyuarat MT No.3, arkitek telah melaksanakan pemeriksaan ke atas tuntutan kerja CKSB yang kedua.   








Saturday, April 29, 2023

Tapak SRS daripada Udara

Alhamdulillah hari ini dapat menerbangka dron untuk melihat pandangan daripada udara kemajuan projek pembinaan SRS ini. InsyaAllah, dron akan diterbangkan secara berkala bagi merekod perkembangan pembinaan SRS ini daripada semasa ke semasa. 



Friday, April 28, 2023

Pemasangan Paip Servis bawah Tanah

Kerja-kerja membuka formwork utk grid ini telah dilaksanakan dan kemudian kerja-kerja backfilling pada grid J-Q/1-9 juga telah dilaksanakan. 

Selain daripada kerja-kerja backfilling, kerja-kerja pemasangan paip servis bawah tanah juga  dilaksanakan. 


Kerja-kerja pemasangan paip servis bawah tanah.










Tuesday, April 18, 2023

Kerja-kerja Fabrikasi Struktur Besi

CKSB memaklumkan kerja-kerja  fabrikasi struktur besi telah 95% siap. Struktur-strukteur besi ini sedia untuk dihantar ke tapak kerja dan pemasangan. Walaubagaimanapun, penghantaran ditangguhkan sehingga kerja-kerja 'ground slab' siap.



Monday, April 10, 2023

Kerja-kerja 10 - 15 April

Alhamdululillah kerja-kerja ground beam untuk grid A-J 1-9 telah dilaksanakan. Selain daripada penyediaan ground beam, kerja-kerja mengikat anchor bolt  juga sedang giat dilaksanakan. 


Pemasangan anchor bolt.



Wednesday, April 05, 2023

Mesyuarat Tapak No.2

Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No.2 telah diadakan pada 4 April 2023. Mesyuarat telah diadakan di kabin tapak. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin, wakil perunding dan wakil kontraktor. Kontraktor melaporkan sehingga kini kemajuan kerja adalah pada kadar 29%. 

Selepas mesyuarat selesai, ahli mesyuarat telah dibawa ke tapak kerja untuk melihat kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor. Kerja semasa yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor adalah menyediakan ground beam untuk grid J-Q/1-9

Pihak kontraktor juga telah menyerahkan Tuntutan Interim No.1 kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau Riyadhus Solihin dan tuntutan ini telah diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk tujuan semakan. Wakil PWS akan turun ke tapak untuk membuat semakan sebelum pembayaran dilaksanakan.




Friday, March 31, 2023

Fabrikasi Steel Frame

Kontraktor memaklumkan kerja-kerja fabrikasi steel frame sedang giat dilaksanakan di yard yang terletak di Rawang, 



Tuesday, March 28, 2023

Pemasangan Formwork

Kemajuan kerja yang dilaporkan oleh kontraktor di tapak bina ketika ini adalah pada pembinaan ground beam. pemasangan formwork, lean conc dan besi. Kawasan kerja yang sedang dilaksanakan kerja-kerja ini adalah pada gridline A - J / 1 – 9.

Semasa melaksanakan kerja-kerja laluan ground beam ini juga mengahadapi isu penemuan lapisan batuan yang keras dan menyebabkan kontraktor ‘hack’ batuan ini bagi meneruskan kerja-kerja ditapak.




Tuesday, March 21, 2023

Kerja-Kerja Curahan Konkrit Awalan

Kerja-kerja curahan konkriat awalan (lean concreate) bagi asas tapak (pad footing) telah dilaksanakan pada minggu lalu dan akan diteruskan sehingga 24 Mac 2023. Kerja-kerja ini melibatkan kerja-kerja curahan konkrit kepada 47 pad footing yang perlu dilaksanakan.    





Saturday, March 11, 2023

Cabaran Kerja-Kerja Korekan

CKSB telah memaklumkan kepada AJK Pembinaan terdapat cabaran baharu semasa melaksanakan kerja-kerja korekan untuk meletakkan pad footing. 

Semasa melaksanakan kerja-kerja korekan menggunakan backhoe Case 580, kerja-kerja korekan terpaksa dihentikan dibeberapa bahagian disebabkan terdapat batu keras yang menghalang kerja-kerja korekan ini. 

Alhamdulillah, CKSB telah mengambil langkah mengambil hacker dengan kapasiti yang lebih besar untuk memecahkan batu-batu ini dan seterusnya meneruskan kerja-kerja membuat pad footing. 




Sunday, March 05, 2023

Setting Out Site

Alhamdulillah kerja-kerja Setting Out Site telah selesai dilaksanakan oleh CKSB pada minggu ini.

Selain daripada kerja-Setting Out Site, CKSB juga telah menyiapkan hampir 50% kerja-kerja iron pad footing. 

InsyaAllah dijangka minggu hadapan kerja-kerja awalan korekan akan dilaksanakan bagi membuat kerja asas pembinaan bangunan.





Friday, February 24, 2023

Kerja-kerja 20-24 Februari 2023

Alhamdulillah....
Kerja-kerja membawa masuk sebahagian keperluan pembinaan diuruskan oleh CKSB sepanjang minggu ini. 
Kawalan trafik oleh CKSB semasa kerja-kerja mengangkat keluli pembinaan.

Tuesday, February 14, 2023

Kerja-Kerja Ukurtanah

Alhamdulillah.
CKSB telah memulakan kerja-kerja ukurtanah pada 13 Feb 2023. 
Semasa melaksanakan kerja-kerja ini, pihak juruukur mendapati terdapat sebahagian tanah surau sementara telah memasuki kawasan tanah surau kekal. 

CKSB telah melaksanakan kerja-kerja pegging di sekitar kawasan pembinaan. 
JK Pembinaan SRS telah memaklumkan kepada Hj Jamal (Pengerusi SRS) dan Hj Zakaria (SU SRS) agar memaklumkan kepada jemaah agar berhati-hati semasa perlaksanaan kerja-kerja pembinaan ini dan tidak mengubah pegging yang telah dilaksanakan oleh pihak CKSB. 




Wednesday, February 08, 2023

Mesyuarat Tapak No.1

Alhamdulillah Mesyuarat Tapak No. 1 (SM No. 1) telah diadakan pada 7 Februari 2021. Di dalam mesyuarat ini beberapa  pemegang taruh bagi pembinaan SRS telah dipertemukan. 

Mesyuarat ini diadakan pada 7 Februari 2023 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Putra Mahkota.  Salah satu agenda mesyuarat ini adalah memaklumkan kepada pemegang taruh kemajuan kerja pembinaan SRS. Di dalam mesyuarat ini juga arkitek dan kontraktor membentangkan cadangan pelan yang telah diserahkan kepada MPKj untuk kelulusan pembangunan bagi memberi gambaran yang jelas bagaimana rekabentuk surau ini kelak.

Antara pemegang taruh yang dapat hadir ke mesyuarat ini adalah 

1. Perbadanan Wakaf Selangor diwakili oleh Ustaz Hafiz dan Ustaz Fahmi  

2. Masjid Kariah Bangi (MKB) diwakili oleh Hj. Faizul, Penolong Bendahari MKB  

3. Surau Riyadhus Solihin diwakili oleh Hj Jamal & Hj Zakaria

4. Persatuan Penduduk BA2 diwakili oleh En Arif, Pengerusi PPBA2 bersama seorang AJK PPBA2. 

5. Persatuan Penduduk BA3 diwakili oleh En. Hafiz, Pengerusi PPBA3

6. Arkitek dan kontraktor. 

InsyaAllah kerja-kerja pembinaan akan bermula pada bulan Februari 2023. Kontraktor memberi komitmen untuk mula memasuki tapak pada pertengahan Februari 2023 untuk membuat kerja-kerja survey. Dijangka kerja-kerja di tapak akan mula dilaksanakan bermula Mac 2023. 


Pihak JK Pembinaan SRS berharap dengan adanya mesyuarat ini pihak pemegang taruh ini dapat menyampaikan maklumat kepada organisasi yang diwakili oleh mereka. 

JK Pembinaan SRS juga memaklumkan jika terdapat sebarang maklumbalas diperlukan, pihak yang hadir boleh mengemail JK Pembinaan SRS untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Akhirnya, JK Pembinaan SRS berharap pembinaan ini dapat berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pemegang taruh. Surau ini adalah Rumah Allah di kejiranan Bangi Avenue, marilah kita bersama-sama membina Rumah Allah ini dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa prasangka dan prejudis.  

Sunday, January 15, 2023

Mesyuarat CCM No.9

Alhamdulillah mesyuarat CCM No.9 telah diadakan di Pejabat Urusan Canggih Kilat pada 14 Jan 2023. 

Masih terdapat beberapa serahan yang masih belum mendapat kelulusan daripada pihak MPKj. Sehingga kini terdapat permintaan daripada Jabatan Perancangan MPKj perlu dimajukan oleh pihak konsultan. 

CKSB memaklumkan, serahan terkini yang telah dimajukan olehkonsultan kepada MPKj adalah pada 10 Jan 2023. AJK Pembinaan meminta agar CKSB membuat follow up pada 15 Jan 2023 berkenaan dengan status serahan ini. 


Salah satu keputusan penting di dalam mesyuarat ini adalah pihak CKSB bersetuju untuk mula memasuki tapak kerja pada bulan Februari 2023 dan pada masa yang sama akan  melaksanakan serahan dokumen kepada MPKj untuk mendapat kelulusan sehingga mendapat Borang B. 

AJK Pembinaan berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh CKSB dalam memastikan projek ini dapat diselesaikan seperti yang dipersetujui.